Baru-baru ini, Syarif bekas ahli kumpulan Sleeeq telah menimang cahaya mata yang kedua pada hari Ahad lalu.

Isterinya telah selamat bersalin pada 6 Ogos 2017 dan mereka telah dikurniakan seorang bayi lelaki yang comel.

Syarif menerusi entri di laman Instagram berkongsi berita gembira tersebut selepas isterinya, Malaque selamat melahirkan bayi keduanya.

Bayi lelaki yang comel itu turut mendapat perhatian peminat di laman sosial. Syarif dalam statusnya turut menghargai pengorbanan isterinya demi melahirkan anak pertama mereka dan bersyukur kerana kedua dua ibu dan bayi berada di dalam keadaan yang sihat.

Penyanyi berasal dari Singapura itu turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran puteranya itu.

TAHNIAH Syarif Sleeq Timang Anak Kedua

IKLAN

“Alhamdulillah. Our prince was safely delivered on the 6th of August at 1411hrs. Welcome to this world my love. Thank you all for the well wishes and prayers.”

Syarif juga turut memuat naik foto yang menunjukan sebahagian wajah bayinya itu.
Selain memuat naik fotonya bersama isteri dan anak pertamanya.

Gambar terbaru bayi comel yang dikongsi dihujani Likes dari peminatnya. Ramai peminat juga mula memberi komen mengucapkan tahniah atas kehadiran cahaya mata kedua.

Terdahulu, Syarif dan isteri telah dikurniakan seorang anak perempuan, Selma yang kini berusia 2 tahun.

IKLAN

Apapun, tahniah diucapkan kepada Syarif dan isteri. Semoga dengan kehadiran cahaya mata yang baru ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka.

TAHNIAH Syarif Sleeq Timang Anak Kedua

TAHNIAH Syarif Sleeq Timang Anak Kedua

IKLAN

TAHNIAH Syarif Sleeq Timang Anak Kedua

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI