Uncategorized

Tahniah Siti Nurhaliza Bergelar Datuk Seri

Share

Tahniah buat penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza yang telah dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) membawa gelaran Datuk Seri.

Malah, pelantun lagu Mikhraj Cinta itu turut berkongsi berita gembira itu bersama peminatnya di Instagram miliknya.

“Pertama kali saya menjunjung kasih DYMM Tunku Pahang atas pengurniaan ini dan sebagai rakyat negeri ini, ia merupakan penghormatan kepada diri sendiri.

 

“Ini bukan sahaja penghargaan kepada diri saya seorang tetapi juga mewakili insan seni lain kerana saya percaya setiap mereka mempunyai sumbangan dan peranan tersendiri,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau sangat bersyukur dengan gelaran yang diterima dan menganggap ia adalah tuah anak.

“Alhamdulillah, saya menerima gelaran ini ketika 21 tahun berada dalam dunia seni dan penghormatan ini adalah salah satu daripada pencapaian yang mempunyai sejarah tersendiri dalam karier saya.

 

“Ini juga adalah rezeki saya dan juga bayi dalam kandungan saya, rezeki yang datang dalam cara yang berbeza,”

 

“Sekali lagi saya menjunjung kasih KDYMM Tuanku Pahang, semoga Tuanku dilanjutkan usia dan dapat terus memerintah negeri ini sempena memuliakan ulangtahun hari keputeraan Tuanku.” katanya lagi.

Ruangan komen di Instagram Siti juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 4 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen untuk mengucapkan tahniah buat bakal ibu itu.

Perkongsian Siti juga telah menerima lebih daripada 69,000 likes setakat ini. Rata-rata pengikutnya berkata Siti sememangnya layak mendapat anugerah tersebut.

Sumber : Instagram ctdk

IKLAN