Peserta dari Kuala Lumpur, Shaza Bae telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 pada episod kemuncak yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Shaza,24, menewaskan empat lagi finalis iaitu Adriana, Nynaa, Amanda dan Syamira.
Mahkota kemenangan disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Al-Yahya yang juga juri tetap program terbabit.
Ads
Menerusi kemenangan ini, Shaza membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Adrianna manakala Nynaa Harizal pula di tempat ketiga.
Diikuti tempat keempat Syamira Izzati dan tempat kelima Shatirah Amanda.
Ads
Sementara itu, Nina Amin memenangi kategori Dewi Inspirasi, manakala Sharlin dinobat sebagai Dewi Favourite.
Ads
Barisan juri terdiri daripada Scha Al-Yahya dan Yusry Abd Halim selaku juri tetap.
Manakala Datuk Aznil Hj Nawawi dan Dr Soo Wincci sebagai jurit jemputan.
Program ini turut dihoskan oleh Amelia Henderson dan Kamal Adli.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dewi Remaja 2019 telah melabuhkan tirai malam tadi apabila peserta dari Kuala Lumpur, Shaza Bae diumum sebagai juara yang bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Selain senarai pemenang yang menjadi perhatian, jom ikuti 10 corat-coret menarik sepanjang Dewi Remaja 2019!
1. Pembukaan majlis dengan persembahan dari artis BBNU iaitu Andi Bernadee dan Ismail Izzani.
Mula menyanyikan lagu nyanyian masing-masing, Donde dan Bidadari selain lagu duet terbaru, Hello.
Sekali gus, memperkenalkan finalis Dewi Remaja 2019.
2. Persembahan Ruffedge dengan lagu Da’Bomb menghangatkan pentas dengan memperkenalkan top 12 Dewi Remaja 2019. Nyata menggamit memori!
3. Kemunculan kumpulan De’Fam beraksi dengan bertenaga membuatkan penonton terpukau dengan persembahan mereka dengan lagu terbaru,Panas.
Mungkin ramai tertanya-tanya di mana lagi seorang anggota kumpulan ini iaitu
Azira Shafinaz?
Rupanya… Azira kini sedang bercuti di luar negara bersama keluarga tercinta.
4. Tidak patah semangat apabila jatuh tersungkur sebanyak tiga kali ketika catwalk di sidang media Dewi Remaja, Farzana Zainul atau Zaza kali ini tampil berkeyakinan di pentas akhir Dewi Remaja 2019.
You go girl!
5. Kamal Adli menggalas tugas sebagai co-host, bergandingan dengan pengacara tetap program itu iaitu Amelia Henderson.
Malah, juara Hero Remaja 2007/2008 ini kelihatan spontan dan bersahaja ketika mengacarakan program ini.
Adakalanya, mencuit hati juga. Betul tak?
6. Dr Soo Wincci selaku juri jemputan telah memberikan komen bernas kepada kelima-lima finalis.
Malah, Ratu Cantik Malaysia/World 2008 ini juga tampil cantik dengan busana berwarna hitam yang tampak elegan.
Wincci yang juga pemegang MBA dari Universiti Sunshine Coast dan
doktor falsafah PhD dalam bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia ini tidak lekang dengan senyuman saat program ini berlangsung.
7. Mencipta kelainan sepanjang Dewi Remaja selama tiga dekad ini, finalis Syamira Izzati satu-satunya finalis berhijab yang berjaya ke peringkat akhir.
Dinobatkan sebagai tempat keempat, anak kelahiran Selangor ini membawa wang tunai bernilai RM1,000 dan sebuah trofi.
8. Diberikan tugasan khas, finalis ini tampak tenang apabila menjawab soalan dari juri.
Meski ada yang kelihatan sedikit gugup, namun mereka berjaya menjawab soalan yang diberikan.
9. Antara selebriti yang pernah menyertai Dewi Remaja sebelum ini turut memberikan semangat kepada finalis.
Antara yang hadir, Ramona Zamzam, Fify Azmi dan Datin Rebecca Nur Islam. Kemunculan Juara terdahulu, Raysha Rizrose turut mencuri perhatian!
10. Mahkota kemenangan disampaikan oleh Scha Al-Yahya selaku juri tetap program itu kepada juara, Shaza Bae.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Teka-teki terjawab mengenai status hubungan antara pelakon Isa Khan dan Nur Risteena Munim yang mengesahkan sudah bertunang, 23 November lalu.
Perkara itu diumumkan Isa, 26, menerusi majlis Malam Romantik Ris X Isa yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya, sebentar tadi.
Mereka bertunang di Bali, Indonesia selepas lima bulan berkenalan rapat.
“Walaupun ramai yang cuba meracuni fikiran awak dengan mengatakan saya bukan orang baik, namun awak tetap menerima diri saya.
“Malam ini di hadapan semua tetamu, saya berjanji akan menjaga awak dengan penuh kasih dan sayang saya, terima kasih Nur Risteena Munim Zainul Ilyas kerana menerima kehadiran saya dalam hidup awak,” katanya kepada kepada MH.
Majlis itu turut dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak termasuk adik Risteena, pelakon Ruhainies.
Majlis pengumuman itu turut dimeriahkan dengan sambutan ulang tahun kelahiran ke-30 Risteena pada 19 November lalu.
Pasangan itu mula berkenalan ketika sama-sama terlibat menjayakan drama RTM Bulan Jatuh Ke Langit, Mei lalu.
Risteena sebelum ini pernah bercinta dan bertunang dengan pelakon Ikhwan Khairuddin dan mereka sepatutnya dijadualkan berkahwin November lalu.
Namun dalam satu kenyataan sebelum ini, Ikhwan mengakui hubungan cintanya selama tujuh tahun dengan Risteena sudah putus di tengah jalan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...