Uncategorized

[TAHNIAH] Sari Yanti Selamat Bersalin, Jep Sepahtu Dah Jadi Ayah!

Share

Tahniah MH ucapkan buat pelawak popular, Jep Sepahtu yang kini sudah bergelar bapa selepas isterinya yang juga seorang pelakon popular, Sari Yanti selamat melahirkan anaknya tengah malam tadi.

Berita gembira ini telah dikongsi menerusi akaun Instagram Sinar.

Menurut kapsyen pula, Jep dan Sari mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak pernah putus daripada semua kepada mereka untuk menerima kedatangan ahli keluarga baru ini.

Tambah sumber lagi, anak Jep dan Sari ini berkongsi tarikh lahir yang sama dengan pelawak, Rahim.

Namun begitu, jantina anak mereka masih tidak diketahui kerana sumber tidak mendedahkan sebarang info tentang bayi.

“Alhamdulillah, tahniah @jepsepahtu dan @sariyanti yang baru sahaja dikurniakan cahaya mata. Tak lupa juga @jepsepahtu dan @sariyanti nak berterima kasih kepada anda semua yang tidak putus-putus mendoakan segala urusan kelahiran baby ini dipermudahkan. Tahniah Jep yang sudah bergelar bapa dan yang menariknya baby Jep ni berkongsi tarikh lahir yang sama dengan @rahimr2 Ayim. Kalau anda nak tahu baby ni boy atau girl, jangan lupa dengarkan #PagiDiSinar esok ok. #SinarKongsi ??,” tulis kapsyen pada perkongsian berita gembira ini.

Rata-rata pengikut dan peminat telah mengucapkan tahniah buat pasangan suami isteri ini.

zulgadek: Alhamdulillah… bertambah lagi umat Muhammad SAW… moga menjadi anak yg soleh/solehah… tahniah… welkam to the club… lepas ni Jep pulak asik nak telolap kat konti… sepanjang malam jaga baby…. pagi lolap… Rahim lak ngusik kau Jep….?

azirah_rahman93: Alhamdulillah..tak kesah la anak pompuan ke anak lelaki ke..janji anak abg n akak #jepsari sihat ??

nrl.athyrh: Congrats taksabarnya nak tengok baby ? @sariyanti @jepsepahtu

Sekali lagi MH ucapkan tahniah buat Jep dan Sari, semoga cahaya mata mereka ini membesar dengan sihat dan menjadi penambah kebahagiaan buat keluarga mereka.

Sumber: Instagram Sinar

IKLAN