Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Pekin Ibrahim dan Mona Allen yang dijangka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Perkongsian gembiran tersebut dimaklumkan Mona atau nama sebenarnya, Munna Hafiraneza Allen di Instagram sejurus majlis pengumuman jantina anak sulung mereka.
Sambil menyatakan rasa syukur, Mona Allen turut berterima kasih kepada semua yang hadir.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-16 dengan menyediakan hidangan air tangannya buat suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Sambutan secara sederhana yang disambut di kediamannya itu memperlihatkan aksi Siti m, 43, di dapur memasak lauk-pauk melayu seperti ikan asam goreng, ketam goreng, asam pedas ikan merah serta sambal udang petai.
“Ikan asam goreng, ketam, asam pedas ikan jenahak, sambal udang petai… masakan untuk ulang tahun perkahwinan, Alhamdulillah,” kata Siti menerusi perkongsian di Instagram Story.
Sementara itu, Siti turut memuat naik video koleksi gambar bersama Khalid ketika awal perkahwinan mereka sehingga dikurniakan dua cahaya mata.
“Alhamdulillah,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Perkongsian penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang mendoakan agar perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Siti dan suami mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang kini berusia 16 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menimang cahaya mata sulung pada Februari lalu, pasangan penyanyi popular, Syamel dan Ernie Zakri tidak menafikan mereka semakin murah rezeki.
Bakal bersama-sama mengadakan konsert berskala besar pada bulan Oktober nanti, pasangan ini tidak melihat kesibukan kerja sebagai satu halangan untuk memberikan yang terbaik untuk anak mereka, Nur Khawla Soleha yang kini berusia enam bulan.
“Tipu kalau saya kata tidak sedih setiap kali keluar bekerja. Tidak lama lagi pun saya akan ke Bandung dan Jakarta, Indonesia untuk rangka promosi Hal Hebat di sana.
“Memikirkan nak tinggalkan anak enam hari pun sudah cukup buat saya rasa sedih, kalau tengok gambar memang meleleh air mata. Khawla pun dah pandai macam-macam sekarang.
“Pada masa sama, saya rasa bersyukur kerana Syamel banyak membantu kalau dia berkelapangan. Biasanya jika saya perlu keluar bekerja, ibu saya akan datang untuk membantu menjaga Khawla juga,” kata Ernie.
Ernie akan terbang ke Indonesia bagi mempromosikan single Hal Hebat, kolaborasi bersama kumpulan dari sana, Govinda.
Selain pertolongan daripada ahli keluarga, Syamel dan Ernie turut lega kerana dikurniakan pembantu yang menjaga anak mereka setulus hati.
“Sejujurnya bila memikirkan Khawla bersama pengasuhnya pun sudah buat saya tak tentu arah.
“Fikir dia tengah buat apa, senyuman dia, tetapi bila di rumah, kami pastikan dia sepenuhnya bersama kami.
“Harapnya bila dah besar, Khawla faham kerja daddy dan ibunya,” kata Syamel pula.
Untuk info, Syamel dan Ernie bakal mengadakan konsert sulung mereka, Konsert Syamel Dan Ernie Zakri: Aku Cinta di Zepp Kuala Lumpur pada 23 Oktober depan.
Tiket dijual pada harga RM500 (Diamond), RM400 (Platinum), RM300 (Gold), RM250 (Silver) dan RM200 (Bronze).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syamel, Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Otai masih berbisa! Keunggulan serta bakat muzik kumpulan legenda negara, Kembara sememangnya tidak perlu dipertikaikan.
Penuh bertenaga mempersembahkan Konsert Kembara: Panorama Jingga 1444 Hijrah yang berlangsung di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC baru-baru ini, 2,600 peminat setia Kembara pulang dengan penuh kepuasan apabila sebanyak 30 buah lagu berjaya dimainkan pada malam tersebut.
Untuk konsert kali ini, Kembara muncul dengan gabungan tenaga dan kehebatan vokal Datuk M.Nasir, Zoul (gitar utama, vokal), Rahman Suri (bass), Shahrum Basiron (dram) dan Md Shah Othman (keyboard).
Memperincikan muzik Kembara yang lebih tertumpu pada keunikan senikata, selaku pengasas Kembara, M.Nasir berkata kumpulan itu berjaya memenangi hati peminat menerusi lagu-lagu bertemakan rakyat yang dekat dengan jiwa ramai.
“Istimewanya konsert ini kerana ia merupakan suara satu generasi… generasi yang saya maksudkan ialah generasi 80-an.
“Selain rock muzik yang keras, Kembara membawakan satu muzik yang berbeza iaitu daripada segi senikata. Kembara banyak bertemakan kerakyatan dan itu ciri khas kami.
“Ini bukan muzik lama tapi muzik sekarang. Bila kita buat muzik, kita tidak hanya tuju kepada generasi itu (80-an) sahaja, bentuk muzik akan menjangkau generasi,” kata M.Nasir.
Persembahan yang berlangsung selama tiga jam menerusi seleksi 30 buah lagu popular Kembara daripada album keempat hingga album ketujuh itu turut menampilkan penyair popular Pyan Habib yang muncul sebagai tetamu istimewa membawakan ingatan peminat kepada filem Kembara Seniman Jalanan dengan watak ikoniknya Osman Tikus.
Antara lagu-lagu yang ditampilkan pada malam itu adalah seperti Kepadamu Kekasih, Gadis Berpurdah Hitam, Mencurah Janji Di Daun Keladi, Keroncong Untuk Ana dan Nyanyian Jiwa.
Kerancakan konsert itu berterusan hingga ke penghujung apabila peminat bersama-sama bangun, menari dan ‘sing along’ menerusi lagu encore yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Hati Emas dan Gerhana.
Konsert itu turut dihadiri rakan artis seperti Datuk Ramli Sarip, Mafarikha, Aloy Paradoks dan Nadiya Nisaa.
Rata-rata penonton yang terdiri daripada pelbagai lapisan peringkat umur kelihatan puas sehingga ada yang menitiskan air mata apabila dapat melepaskan rindu berhibur dengan kumpulan muzik Kembara yang dibawakan oleh Shiraz Projects Sdn. Bhd.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Sudasan Shiraz Projects
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...