Uncategorized

Tahniah Memey Kini Sedang Hamil Anak Ketiga!

Share

MH ada terdengar berita tentang pelakon wanita, Memey Suhaiza isteri kepada pelakon, Norman Hakim kini sedang hamil anak ketiga.

Tanpa berlengah MH cuba untuk mendapatkan kepastian dengan meninjau akaun Instagram milik Memey dan ternyata perkhabaran gembira itu adalah benar.

Menerusi perkongsian Memey, dia mengucapkan rasa syukur di atas rezeki yang yang diberikan oleh ALLAH SWT kepadanya dan suami ini.

“Bismillah..Alhamdulillah❤ .
.

Disaat kami merancang utk menambah bilangan ahli keluarga kami & Allah izinkan ❤ syukur ya Allah.. .
.

Ingt nak tggu perut besar sikit baru share hehe..tapi suami sy org paling excited..dia tak sabar??bila dah berbincang & dah dpt kepastian dr Dr zarina ( Dr yg sama handle semua anak5) then kami sepakat utk kongsikan berita gembira ni…❤ .
.

Dr smlm dihujani ucapan tahniah & doa…terima kasih banyak buat semua…tak terbalas dgn kata2.. semoga setiap doa yg baik2 juga akn berbalik pd anda semua❤ .
.love u all?,” tulis Memey.

Kami sebagai sebagai orang luar juga turut gembira dengan berita kehamilan Memey ini jadi apatah lagi buat Norman kan, sudah tentulah dia merupakan orang yang paling gembira dengan berita ini.

Rata-rata peminat dan pengikut Memey telah menghujani ruang komen dengan ucapan tahniah dan berdoa yang baik-baik buat Memey dan bayi di dalam kandungan.

nurulmarliyana: Alhamdulillah. Tahniah ?. Suka stalker sis memey. Happy fmly sgt. Semoga sya pun dpt bhgia bsma suami sya seperti sis memey sekeluarga ❤. Aamiin

qurratuainihodari: Tahniah kak @memeysuhaiza .. semoga Allah permudahkan segalanya urusan akak

miliamie: Tahniah memey dan norman hakim.. Semoga Allah permudahkan segalanya..

zuhriyannie: Alhamdulillah. Tahniah @memeysuhaiza . Semoga dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan ini. ??

MH doakan agar segala urusan Memey dan kandungan dipermudahkan dan semoga ibu dan bayi ini sentiasa berada dalam keadaan sihat

Sumber: Instagram Memey Suhaiza

IKLAN