Ads

“Tahniah Malaysiaku,” – Beberapa Selebriti Kongsi Rasa Gembira Bila Malaysia Layak Ke Final AFF Suzuki Cup 2018

Semalam, seluruh rakyat bersorak gembira apabila Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Rabu.

Turut sama bersorak tentunya para selebriti Malaysia seperti pelakon Janna Nick. Dia berkongsi momen gembira itu di laman Instagramnya.

“Congrats Malaysiaku! How I wish I was there. Congrats Harimau Malaya #Pialaaff,” tulisnya.

Turut sama mengucapkan tahniah kepada Malaysia adalah pelakon Hairul Azreen dan Sharnaaz Ahmad.

Ads

“Yeah kita ke final! Harimau Malaya terbaik!,” tulis Hairul.

“Tepat ramalan Cik Miau, nasib yang sangat luar biasa, tetapi usaha yg sgt hebat dari team Malaysia. Tahniah Malaysiaku,” tulis Sharnaaz pula.

Ads

Sementara itu, pelakon, Fattah Amin juga turut mengucapkan rasa syukur apabila Malaysia layak melangkah ke final.

“Alhamdulillah Malaysia pergi final wuhuu! #HarimauMalaya # Gambartakdekenamengena,” tulisnya.

Ads

Malaysia bakal bertemu sama ada Vietnam ataupun Filipina di Final nanti, namun ia bergantung pada siapa yang menang dalam aksi timbal balik perlawanan separuh akhir, hari ini.

Apa-apapun, kelihatan ramai rakyat Malaysia yang sudah bersedia untuk membeli tiket final AFF Suzuki nanti. Moga-moga kemenangan di pihak negara kita lah ya. Malaysiaku!

Foto/Instagram: Selebriti

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Nama Yang Sama Muncul Dalam Bentuk Fizikal,” – Kebetulan 10 Tahun...

Pelakon dan pengacara yang kini aktif dalam dunia fesyen, Karl Shafek menyifatkan kerjasama bersama kumpulan Alpha sebagai satu kebetulan yang gus mengimbau kenangan tersendiri...
error: Hello. Cannot.