Uncategorized

TAHNIAH! Kini Farid Kamil, Aaron Aziz Bergelar Datuk

Share

Jutaan tahniah MH ucapkan kepada pelakon dan pengarah, Farid Kamil dan selebriti kelahiran Singapore yang baru sahaja menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran Datuk.

Nama kedua selebriti yang punyai pengaruh mereka tersendiri dalam industri tanah air ini tersenarai dalam 169 nama yang turut menerima g tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan sebentar tadi.

MH percaya Farid kamil yang punyai pelbagai pengalaman dalam industri serta penat lelah yang dilaluinya terbayar apabila menerima kebesaran dan anugerah ini.

Begitu juga dengan Aaron Aziz yang banyak berhempas pulas bagi menjayakan beberapa filem dan drama di Malaysia!

Apapun MH harap kedua-dua pelakon ini dapat memberi contoh yang baik dan memberi inspirasi kepada pelapis-pelapis baru dan muda untuk jangan mengalah mengejar cita-cita.

Nah #MHBelanjaGambar Datuk Farid Kamil dan Datuk Aaron Aziz….

IKLAN