Uncategorized

Tahniah Kang Gary, Kini Bergelar Bapa

Share

Sebagai seorang penonton setia program realiti televisyen Running Man pasti korang mengenali penyanyi dan bekas anggota Running Man (RM) ini, Kang Gary. MH mendapat khabar gembira yang katanya Kang Gary kini sudah bergelar bapa!

Menerusi entri terbaru di Instagram milik Gary atau nama sebenarnya Kang Hee Gun, dia telah menyampaikan berita gembira itu dengan kapsyen ringkas ‘Gary Junior’.

Foto yang menunjukkan telapak kaki anaknya yang kemerah-merahan itu mendapat 63 ribu likes setakat ini dan pelbagai reaksi peminatnya dari seluruh dunia.

Malah, turut dikongsi peminat menerusi laman sosial Facebook, Twitter dan juga IG dengan hashtag #GaryJunior.

Dalam pada itu, ruangan komen di foto berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar isteri dan anaknya berada dalam keadaan sihat.

Terdahulu, Gary telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 April lalu secara rahsia tanpa sebarang majlis dan mengejutkan semua orang termasuklah anggota RM yang lain.

Ini dia beberapa gambar Gary selepas meninggalkan RM…

IKLAN