Uncategorized

Tahniah Jovian Mandagie Kini Bergelar Bapa

Share

Malam tadi isteri kepada pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Jovian Mandagie telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Jovian menerusi akaun Instagramnya dan di ruangan kapsyen gambar tangan kecil anaknya itu dia memanjat rasa syukur yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa atas kelahiran puterinya itu.

“Alhamdulillah my beautiful wife has given birth to our little princess @mandagie_jr weighing 3.37kg today November the 1st, 2017. Syukur both mommy & baby are healthy and in good condition. Thank you for all your kind wishes & prayers throughout this beautiful journey,” tulis Jovian.

Dalam pada itu menerusi perkongsiannya yang lain, Jovian turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya kerana bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya.

“Thank you sayang, no words can describe how thankful I am for what you have done today. You’re beyond wonderful. Love you ❤,” tulisnya lagi.

Rata-rata pengikut Jovian telah meninggalkan ucapan tahniah serta doa yang baik-baik buat bayi dan ibu di ruangan komen.

hanem_mini: Tahniah. Semoga ibu dan anak sihat.

aug8th_aa: syukur alhamdulillah for your newborn baby girl guys! well done mummy @ninaismailsabri ❤️❤️❤️❤️❤️

hasfazurainmalek: Alhamdulillah .. tahniah @jmandagie dan isteri.. selamat berpantang kepada kak nina..??

Kami di MH Online juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Jovian dan isteri yang kini sudah bergelar ibu dan bapa.

Semoga kelahiran cahaya mata sulung mereka ini dapat menambah kebahagiaan dalam keluarga dan diharapkan bayi mereka membesar dengan shiat serta menjadi anak yang solehah buat kedua ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Jovian Mandagie

IKLAN