Uncategorized

Tahniah! Isteri Tauke Selamat Melahirkan Anak Perempuan, Awal Malam Tadi

Share

Pelawak, Tauke mengesahkan isterinya selamat melahirkan anak perempuan.

Dia berbuat demikian menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya semalam.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH SWT, isteri Nadia Mohd Affendi selamat melahirkan anak perempuan, Hospital Serdang tepat jam 8.28 malam.

“Terima kasih kepada yang mendoakan,”tulisnya.

Susulan itu, ruangan komennya dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Ini merupakan perkahwinan kali keempat bagi pelawak berkenaan dan mempunyai enam orang anak hasil daripada tiga perkahwinan terdahulu.

Pasangan ini berkahwin Disember tahun lalu setelah bertunang pada Disember 2015.

Foto/Instagram: Tauke

IKLAN