Uncategorized

(TAHNIAH) Isteri Lan Kristal Hamil Anak Keempat, Harap Anak Kembar

Share

Tahniah buat penyanyi kumpulan Kristal, Lan nama sebenarnya Razlan Mohamed Yosof kerana isterinya, Nur Sheila Hassim kini sedang mengandung.

Sheila mengesahkan berita tersebut yang dia baru sahaja hamil 8 minggu. 

“Sebenarnya tak nak beritahu awal-awal lagi sebab baru 8 minggu kan tetapi Lan yang excited sangat macam anak pertama dia buat. 

 

“Jadinya bila dah confirm mengandung ni, open house macam terpaksa ditangguhkan ke tahun lain sebab saya rasa loya dan muntah-muntah yang melampau.  Nak dapat anak kembar kut?” ujar Sheila berseloroh. 

Anak ketiga mereka iaitu Akid baru sahaja berumur 3 tahun.  Tidakkah dirasakan agak cepat untuk hamil lagi. 

Jawab Sheila, sebenarnya mereka memang bercadang untuk menimang ramai anak kerana dia merupakan anak tunggal.

Tambahnya lagi, dia dan suami  ingin menimang 8 orang anak sekiranya dapat.

Akhirnya sekali, Sheila dan suami bersyukur dikurniakan rezeki lagi dan berharap peminat Lan dapat mendoakan perkara baik-baik untuknya dan keluarga. 

Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 9 Disember 2009 dan memiliki tiga orang anak Nur Amna Qaleesya,Nur Amna Qeesyara,dan Muhammad Akid Qassyaff, .

Nampaknya, dengan bertambahnya orang baru dalam keluarga bermakna tanggungjawab Lan juga semakin bertambah. Tahniah buat Lan dan isterinya.

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN