Uncategorized

[TAHNIAH] Ini Dia Senarai Penuh Pemenang DFKL2018!

Share

Drama rantaian, Dekatkan Jarak Kita telah dinobatkan sebagai Drama Pilihan, Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL2018) yang disiarkan secara langsung di TV3, dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, pada Ahad.

Selain menerima anugerah tertinggi pada malam itu, drama terbitan JS Pictures itu turut menjadi pilihan pengundi yang merekodkan pasangan pelakon utamanya, Syafiq Kyle dan Ayda Jebat sebagai Pasangan Serasi, mengalahkan calon finalis lain.

Berikut adalah senarai pemenang DFKL tahun ini:

Drama Radio Pilihan: Zul Huzaimy (Bukan Cinta Biasa)

Drama Pilihan Tonton VIP: Zahir Tak Terucap (Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.)

Lagu Tema Pilihan: Asfan Shah – Sumpah Cintaku (Titian Cinta)

Drama Pendek Pilihan: Manikam Dalam Lipatan (Siti Saleha Musiran)

Skrip Pilihan: Farhana Fauri (Titian Cinta)

Pengarah Pilihan: Heykal Hanifah (Titian Cinta)

Selfie Paling Drama: Ain Edruce

Antagonis Pilihan: Shukri Yahaya (Andainya Takdir)

Pasangan Pilihan: Ayda Jebat dan Syafiq Kyle (Dekatkan Jarak Kita)

Aktor Pilihan: Zul Ariffin (Titian Cinta)

Aktres Pilihan: Janna Nick (Biar Aku Jadi Penunggu)

Drama Pilihan: Dekatkan Jarak Kita (JS Pictures Sdn. Bhd.)

IKLAN