
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona.
Menerusi perkongsian sepotong video pendek yang dimuat naik di platform TikTok yang kini tular, penyanyi lagu Matahari itu pelantun tampil polos menerusi persalinan Baju Melayu berwarna putih.
Dia turut kelihatan tenang ketika membaca lafaz taklik nikah sejurus selesai ijab kabul.
Bagaimanapun, Hafiz masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut berhubung perincian majlis berkenaan, setakat ini.
Imbas kembali, Hafiz sebelum ini mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 29 Mei 2025.
Keputusan tersebut diambil berikutan tiada persefahaman antara mereka.
Hafiz bagaimanapun reda dengan ujian yang dilalui dan menyerahkan hak penjagaan dua anak mereka, iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne, kepada bekas isteri.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: groombykherrymazelan