Uncategorized

Tahniah Giliran Fizz Fairuz Dapat Gelaran Datuk!

Share

Wah tahniah MH ucapkan kepada pelakon lelaki hang kini sedang hangat lakonannya dalam drama Kekasih Paksa Rela, Fizz Fairuz yang telah mendapat gelaran Datuk.

Fizz telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar Pekan, semalam.

Pelakon ini merupakan antara 196 penerima yang menerima darjah kebesaran dan pingat daripada Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tahniah MH ucapkan sekali lagi kepada Fizz dan sempat juga MH meninjau akaun Instagram milik pelakon ini.

Fizz telah meluahkan rasa syukur atas rezeki ini dan ucapan terima kasih buat semua yang memberi ucapan kepadanya.

Sumber: Berita Harian & Instagram Fizz Fairuz

IKLAN