Ads

Tahniah! Fizz Fairuz Bergelar Bapa Lagi! Almy Nadia Sah Hamil Anak Ke-3

Wah tahniah MH ucapkan buat pelakon popular, Datuk Fizz Fairuz dan isterinya yang juga seorang pelakon, Datin Almy Nadia kerana bakal menimang cahaya mata yang ketiga tidak lama lagi.

Berita gembira ini telah dikongsikan sendiri oleh Fizz menerusi akaun Instagramnya.

Menurut perkongsiannya, Fizz telah memuat naik gambar ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif dan di ruang kapsyen pula pelakon ini menyatakan bahawa ini adalah hadiah ulangtahun perkahwinannya yang keempat dengan isteri tercinta.

Ads

“Amin… hadiah ulangtahun perkahwinan yg ke4.. hehehehe.. masin mulut @sheilarazlan hehehe,” tulis Fizz.

Rata-rata peminat Fizz telah mengucapkan tahniah kepada pelakon kesayangan mereka ini.

ronella_bynuruletyha: Wah tahniah @fizzfairuzofficial @almynadia86 moga kali ini dpt rezki hero plk…Amiin?

Ads

muhammadhussein111: barakAllah bang @fizzfairuzofficial semoga senantiasa selalu diberikan kesihatan baik, baik anak atopun ibunda nya hingga terlahir didunia dg selamat dan menjadi anak yg sholeh/shalehah….. salam dari indonesia yaa broo

Ads

pelitabonda: Mudah2an mendpt cahaya mata lelaki kali ini… Semoga doa2 kita dimakbur kn oleh Allah.. Aamiin ?

MH doakan semoga rumah tangga Fizz dan Almy sentiasa diberkati dan kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang.

Sumber: Instagram Datuk Fizz Fairuz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Celik Mata, Saya Nampak Ustaz…,” – A. Aida Terdetik Nekad Berhijab...

Penerbit, Datuk A. Aida mendedahkan hatinya mula terdetik untuk berhijab selepas terkesan dengan nasihat daripada sahabat baiknya, Ustaz Izhar Ariff sebaik dia tersedar daripada ditidurkan akibat komplikasi pembedahan lutut.
error: Hello. Cannot.