Uncategorized

Tahniah! Duchess Of Sussex, Meghan Markle Kini Mengandung Tiga Bulan

Share

Isteri kepada Prince Harry, Duchess of Sussex, Meghan Markle dikhabarkan kini mengandung anak pertama.

Perkara itu disahkan oleh Istana Kensington menerusi laman Twitter rasmi mereka, semalam.

“Kandungan Meghan kini berusia 12 minggu dan dijangka akan melahirkan pada musim bunga tahun hadapan,” kata kenyataan tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa pasangan itu sedang berusaha untuk mendapatkan anak apatah lagi abang Harry, Putera William kini sudah mempunyai 3 orang anak bersama isternya, Duchess of Cambridge, Kate Middleton.

Sementara itu, ibu Meghan, Doria Ragland sangat gembira dengan berita tersebut namun tiada komen daripada bapa Meghan terutama setelah kemelut yang melanda ‘keluarga’ mereka sejak pelakon drama Suit itu menjadi sebahagian daripada keluarga Diraja itu.

Apa-apapun, tahniah!

Sumber: ABC News
Foto:Carian Google

IKLAN