Uncategorized

Tahniah, Cik Piah Mengandung Lagi!

Share

Rasanya mesti ramai yang sudah kenal dengan penyampai radio, Feeya Iskandar atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah kerana celotehnya yang mampu menghiburkan pendengar.

Semalam ketika sedang hangat kisah pelakon Fattah dan Fazura membuat sidang media untuk menjelaskan tentang perhubungan mereka, Cik Piah juga sempat mengumumkan satu berita gembira bahawa dia sekarang sedang hamil anak kedua di Instagram.

“Kalau fattah n fazura dah confirmkan diorang bertunang. ni cikpiah pun nk confirmkan jugak yg sebenarnya cikpiah mengandung lagi..so segala pertanyaan anda kenapa berISI?? Sememangnya ada isi lah hahahaha? so doakan saja yg baik2.. ?? push lagiiii ?,” tulisnya.

Rata-rata peminat Cik Piah cukup teruja dengan berita kehamilannya dan mendoakan agar Cik Piah dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

mizsmieyraa: Alhamdulillah. Tahniah sis @feeyaiskandar . Semoga mummy dan baby sihat ?

syaezfaezza: Congrats @feeyaiskandar .. Moga dipermudahkan segalanya dan diberikan kesihatan yg baik..

cikgupizza_cikmia_norza: Tahniah @feeyaiskandar dan suami….doa semoga dpt baby girl plk pasni…mesti comel ?

andara.coffee.scrub: alhamdulillah mummy, yeayy.. malique nak dpt adik.. blh join swimming ngn adik, ada geng la nanti

Sempat juga MH meninjau akaun Instagram milik suami Cik Piah, Nurashid Abd Wahab dan MH dapati dia juga turut berkongsi berita yang sama.

“Assalamulaikum ??,Alhamdulilah rezeki allah Nak bagi dan amanah allah doa kan baik baik untuk family kecil kami #maliquejadiabanglong #sorrymalique,” tulis suami Cik Piah.

Dalam kesempatan ini, MH juga ingin mengucapkan tahniah buat Cik Piah dan semoga dipermudahkan segala urusan sehingga saat melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Feeya Iskandar & Nurashid Abd Wahab

IKLAN