Uncategorized

Tahniah, Azwan Kombos Kini Bergelar Bapa!

Share

Beberapa minit yang lalu Azwan Kombos telah berkongsi satu berita gembira di mana isterinya Ezzaty Abdullah telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan semalam.

Menurut Azwan, anaknya itu telah dilahirkan secara normal seberat 2.9kg pada jam 10.27 malam setelah bertarung di bilik bersalin selama 28 jam.

Apa yang menarik Azwan turut berkongsi, anaknya ini mempunyai kulit yang cerah. Wah mesti comel bukan!

Rata-rata pengikut mereka tumpang gembira atas perkongsian Azwan dan memberi ucapan tahniah buat kedua pasangan ini.

Azwan dan Ezzaty telah berkahwin tahun lepas dengan sekali lafaz di Bentong, Pahang.

Majlis pernikahan mereka telah diadakan di kediaman pengantin perempuan yang dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak dan teman rapat sahaja.

Seperti selebriti yang lain, kedua pasangan ini tidak melepaskan peluang mencipta akaun Instagram anak mereka dengan nama @aeffection.jr

Apapun MH ucapkan tahniah buat kedua pasangan ini dan boleh agak pasti anak mereka berdua sungguh comel dan manis persis si ibu!

IKLAN