Sejak keputusan PRU 14 dikeluarkan, ramai parti-parti barisan seperti Khairy Jamaluddin dan beberapa orang lagi mengucapkan tahniah buat parti pembangkang kerana berjaya memonopoli kerusi di dalam parlimen.

Antara yang tidak ketinggalan adalah suami kepada selebriti Nora Danish, iaitu Nadim Nazri.

Bismillah, dengan ini saya ingin mengucap kan setinggi tahniah kepada DS @azmin_ali dan juga PH atas kemenangan pada PRU14 ini , walaupun parti saya tak menang tapi they always say change is good , so insyaAllah saya sedikit sebanyak juga ingin melihat jika perubahan ini boleh memenangi hati saya pada PRU15 akan datang ( mana lah tau kan ) , election telah pun selesai tak perlu nak gaduh2 , saya gentleman terima perubahan ini . Kita semua mempunyai suara dan suara ini adalah suara rakyat Malaysia ??. Sekali lagi kepada semua followers saya ,Thank you for being very mature di ruang comment saya . Kepada yang nak memaki Hamun tak pasal2 sila buat di ruangan ini atau DM dan bukan di gambar anak2 saya ?. Terima kasih semua ??. • #banyakNyeTiba2tukarteam #sayaTetapBiruTua #congratsPH #abgTetapPSP ?

A post shared by Nedim Sujak Nazri Aziz (@boss_ned) on

Di Instagram, Nedim nampak sungguh positif dan akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dan mengakui dirinya sangat terbuka terima perubahan ini.

IKLAN

Bagaimanapun ucapannya itu telah menimbulkan pelbagai menimbulkan pelbagai pertanyaan daripada pengikutnya dan rata-rata mempersoalkan mengapa Nedim hanya sekadar mengucapkan tahniah kepada Amin Ali atas kemenangan Parti Harapan baru-baru ini mengapa tidak mengucapkan sekali tahniah buat Tun Dr. Mahathir Mohamed kerana beliau merupakan individu paling berpengaruh dalam parti tersebut.

Namun tidak membiarkan pengikutnya tertanya-tanya, Nedim telah memberi alasan kukuhnya mengapa…

IKLAN

‘Tahniah Azmin Ali Atas Kemenangan’ Netizen Persoal Kenapa Nedim Enggan Ucapkan Tahniah Kepada Tun M, Ini Jawapannya… ‘Tahniah Azmin Ali Atas Kemenangan’ Netizen Persoal Kenapa Nedim Enggan Ucapkan Tahniah Kepada Tun M, Ini Jawapannya…

Dalam pada itu, Nedim juga menjelaskan perkara seperti ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana dia mengenali Azmin Ali secara peribadi.

IKLAN

Hmmm, tak apa lah, janganlah orang ramai keruhkan keadaan, MH rasa mungkin niat Nedim ingin mengucapkan secara peribadi kepada kenalan terdekatnya itu dan dalam masa yang sama buat parti tersebut.

Apapun MH puji keterbukaan Nedim menerima semua ini. Walaupun parti barisannya kalah, Nedim tidak ego untuk mengucapkan selamat maju jaya serta tahniah buat parti baru. Malah, Nedim tidak kisah untuk menerima sesuatu pembaharuan daripada suara rakyat demi kebaikan bersama. Pergh Semangat seperti ini yang kita mahukan!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI