Uncategorized

Tahniah, Aziz M. Osman Sambut Cahaya Mata Di Hari Merdeka!

Share

Tahniah diucapkan buat pengarah dan pelakon, Aziz M. Osman yang selamat menimang cahaya mata pada sambutan Hari Kebangsaan lalu.

Difahamkan isterinya, Puteri Lily Lokman telah melahirkan anak mereka jam 10.23 malam, 31 Ogos.

Pada masa sama, perkhabaran gembira itu turut dikongsi pengarah filem XXY itu menerusi akaun Instagram miliknya.

“31 Ogos 2018 10.23 pm… Alhamdulillah,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Aziz memuat naik gambar wajah isterinya bersama bayinya yang dikaburkan. Dua hari lalu, Aziz turut berkongsi keadaan isterinya yang sudah pun berada di hospital.

Terdahulu, Aziz mendirikan rumah tangga bersama Lily pada lebih lapan tahun lalu dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak Puteri Nur Azzahra.

Sementara menerusi perkahwinan sebelumnya, Aziz dikurniakan enam cahaya mata.

Foto: Instagram Aziz m Osman

IKLAN