Penyanyi, Azian Mazwan Sapuan meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Amil Zulkarnain, berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pada 13 September lalu.

Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja PALAPES UA ke-43 itu telah berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Majlis penuh istiadat itu turut menyaksikan seramai 178 Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima watikah tauliah selepas menamatkan pengajian akademik dan latihan.

Menerusi Instagram, Azian menitipkan dedikasi juga perasaan bangga atas kejayaan yang diraih anak tersayang.

“Tahniah anakandaku Amil berjaya menyelesaikan pengajian (badan beruniform dan akademik).

Ads

“Alhamdulillah dan terima kasih UPNM. Pengiktirafan ini di atas segala usaha, komitmen dan dedikasimu. Kami sekeluarga menjadi saksi kesungguhan Amil.

“Semoga dapat berkhidmat dengan penuh ikhlas, bertanggungjawab dan amanah,” tulis Azian penuh rasa bangga.

Ads

Tahniah! Anak Lelaki Azian Mazwan Kini Bergelar Leftenan Muda Angkatan Tentera Malaysia Tahniah! Anak Lelaki Azian Mazwan Kini Bergelar Leftenan Muda Angkatan Tentera Malaysia Tahniah! Anak Lelaki Azian Mazwan Kini Bergelar Leftenan Muda Angkatan Tentera Malaysia

Pesan Ibu Buat Anak

Menerusi hantaran sama, Azian sempat berpesan agar anaknya sentiasa merendah diri serta mengingati Allah dalam setiap langkah kehidupan.

Ads

“Mama sentiasa doakan kejayaan untuk anak mama semuanya, InsyaAllah….amin.

“Always remember to be humble and always remember HIM in everything you do. Love you,” luahnya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads