Uncategorized

TAHNIAH AG Coco Timang Cahaya Mata Sulung

Share

Semalam komposer dan pemuzik, AG Coco telah menimang cahaya matanya yang pertama selepas isterinya selamat bersalin kira-kira jam 3.40 petang.

Berita gembira ini dikongsi oleh AG sendiri menerusi akaun Twitter dan juga Instagramnya.

Di akaun Twitter dia telah memuatnaik status, isterinya sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki dan anak sulung ini telah berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibunya.

“alhamdulillah baby boy & mak steady, 3.40pm tadi selamat dilahirkan dgn lancar. allahu akbar mak & anak share birthday?,” tulisnya.

Rata-rata netizen telah mengucapkan tahniah kepadanya atas kelahiran bayi sulungnya ini. Bukan sahaja netizen malah rakan-rakan artis juga turut mengucapkan tahniah.

MH Online juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat AG dan isteri yang kini sudah bergelar ibu dan bapa buat anak sulung mereka. Semoga bayi mereka membesar dengan sihat dan menjadi penambah kebahagiaan dalam keluarga.

Terdahulu, AG dan isteri telah bernikah pada hujung tahun lalu dan selamat bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan ini telah dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dan majlis nikah mereka telah diadakan di Kelana Jaya, Selangor.

Pihak lelaki telah menyerahkan wang hantaran RM15 000 beserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

Sumber: Twitter & Instagram AG Coco

IKLAN