Pelakon, Anna Jobling memanjatkan rasa syukur apabila hubungannya bersama ibu tercinta, Ariz Raop kini sudah kembali pulih.
Menurut Anna, dia juga tidak mahu persengketaan ini berpanjangan terlalu lama kerana walau apapun yang berlaku, ibunya itu tetap insan paling penting di dalam hidupnya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk saya dan keluarga saya. Apa-apa pun dia tetap ibu saya. Syurga saya tetap di bawah tapak kaki ibu saya.
“Walaupun apa pun terjadi sebelum ini, doa ibu sangat penting buat hidup saya,” katanya.
Ads
Anna berkata sedemikian ketika ditemui sebaik diumumkan menerima trofi bagi kategori Gandingan Serasi Drama Popular di Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) di Premiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Doa & Sokongan Ibu Jadi Kekuatan
Jelas Anna lagi, dia turut menyifatkan isu salah faham ini merupakan lumrah dalam kehidupan berkeluarga dan bersyukur ibunya hadir menyokongnya malam ini.
Ads
“Dia hadir menyokong saya malam ini. Kalau tiada dia, saya rasa kosong. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.
Ads
Dalam masa sama, pelakon filem Lembayung ini turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang mendoakan hubungannya bersama ibu semakin jernih.
Sebelum ini, nama Anna menjadi perhatian apabila dia dikatakan bergaduh besar dengan ibunya sehingga melibatkan pihak polis dan perintah mahkamah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Misteri kehilangan influencer dan penyanyi Austria, Stefanie Pieper, akhirnya terungkai apabila mayatnya ditemui disumbat dalam sebuah beg pakaian dan ditanam di kawasan hutan di Slovenia, selepas bekas teman lelakinya tampil membuat pengakuan kepada pihak berkuasa.
Stefanie, 31, dilaporkan hilang pada 23 November lalu selepas menghadiri sebuah pesta Krismas. Kehilangannya disedari apabila beliau tidak hadir ke sesi penggambaran kerja dan gagal dihubungi ahli keluarga, sekali gus mencetuskan laporan polis.
Siasatan awal membawa polis menahan bekas teman lelakinya, seorang lelaki warga Slovenia berusia 31 tahun yang dipercayai individu terakhir bersama mangsa.
Syak terhadap suspek bertambah apabila polis menemui keretanya terbakar di kawasan parkir sebuah kasino berhampiran sempadan Austria–Slovenia.
Suspek kemudian ditahan pihak berkuasa Slovenia sebelum diserahkan kepada polis Austria. Ketika disoal siasat, lelaki berkenaan akhirnya mengaku terlibat dan menunjukkan lokasi mayat Pieper disembunyikan.
Berpandukan maklumat itu, polis menemui beg pakaian berisi mayat mangsa yang ditanam di dalam sebuah hutan di Slovenia. Pemeriksaan awal forensik mendapati mangsa dipercayai maut akibat dicekik.
Dua lagi individu iaitu abang dan bapa tiri suspek turut ditahan kerana disyaki membantu melindungi suspek serta berpotensi menghalang siasatan, namun pembabitan mereka masih dalam siasatan lanjut.
Tragedi kejam ini turut mengundang kejutan besar dalam komuniti digital antarabangsa, memandangkan Pieper dikenali sebagai pempengaruh kecantikan dan penyanyi yang aktif berkongsi kandungan di media sosial.
Pihak berkuasa Austria dan Slovenia kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar serta melengkapkan kronologi pembunuhan itu sebelum pertuduhan rasmi difailkan terhadap suspek di mahkamah.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengarah terkenal, Shuhaimi Lua tampil menjawab isu panas yang mendakwa kononnya filem seram sulung terbitannya yang berjudul Manrobbuka, mempunyai adegan ranjang yang jelas.
Menurut Shuhaimi yang juga pemilik Tanah Beris Film Production, babak lakonan Haidar dan Wanie Ooi itu tidak pernah dirakam secara eksplisit atau jelas, sebaliknya hanya menggunakan teknik kamera untuk menyampaikan mood dramatik.
“Saya terkejut juga apabila ramai yang bertanyakan hal ini. Mungkin ada pelakon atau krew yang sudah berkongsi tentang babak-babak yang ada dalam filem ini.
“Saya masih tahu batas agama dan sensitiviti masyarakat. Saya bukanlah jahil sangat. Tak mungkinlah saya nak tunjuk adegan seks. Itu cuma angle kamera, bukan apa yang orang sangka.
“Saya tahu dah ada yang mula bercakap tentang hal ini, namun seperti apa yang saya jelaskan, ia hanya teknik kamera. Tak lebih daripada itu.
“Ada sebab kenapa diwujudkan babak sebegitu (guna teknik kamera) dalam filem seram ini. Kenalah tonton apabila ditayangkan di pawagam tahun depan,” katanya.
Shuhaimi turut menegaskan, kesemua adegan dalam Manrobbuka akan dinilai oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem) agar mematuhi garis panduan ketat penapisan.
Dalam masa sama, Shuhaimi turut mendedahkan satu perkara yang jarang diakui penggiat seni, iaitu keberaniannya mempertaruhkan pelakon baharu untuk filem ini.
“Pelakon popular tak semestinya menjamin pulangan atau menjadi faktor utama orang datang ke pawagam. Sebelum ini kita lihat, ada filem yang meletakkan barisan pelakon hebat namun tiket kurang laku.
“Penonton sekarang lebih matang dan bijak. Mereka tengok jalan cerita, tengok lakonan, bukan populariti.
“Jujurnya, kekuatan filem hari ini bergantung pada penceritaan, kesesuaian watak dan lakonan jujur, bukannya jumlah pengikut media sosial.
“Selain itu, sebagai pengarah yang sudah lebih 20 tahun dalam industri, saya rasa bertanggungjawab untuk memberi peluang kepada pelakon baharu yang mempunyai pakej lengkap dan boleh pergi jauh.
“Kalau bukan kita yang bagi peluang, siapa lagi? Industri kita perlukan pelapis dalam masa yang sama tidak mengetepikan pelakon-pelakon sedia ada.
“Dalam masa yang sama, pelakon baharu yang diberikan peluang ini haruslah serius dan mengambil cabaran ini untuk buktikan bakat yang ada,” katanya lagi.
Tanpa bergantung kepada pelabur besar, Shuhaimi turut mendedahkan Manrobbuka dibiayai menggunakan RM500,000 duit poketnya sendiri semata-mata untuk menghasilkan filem mengikut visi peribadinya.
“Saya keluarkan kos sendiri. Saya nak filem ini lahir dengan apa yang saya bayangkan. Ini naskhah jiwa saya.
“Tak dinafikan ia mengambil risiko kerana duit sendiri, namun saya harus berani,” tambahnya.
Manrobbuka merupakan filem pertama terbitan Tanah Beris Film Production Sdn. Bhd. dan menjadi filem arahan kedua Shuhaimi selepas Pontianak 200kg.
Antara barisan pelakon filem ini ialah Wanie Ooi, Khaled Asharief, Haidar Hasanudin, Noralbaniah, Kazar Saisi, Raja Azmi, Adam Furqon, Ariff Idrus, Ferth Jasni dan ramai lagi.
Nora dan Adam bercerai selepas lapan tahun bersama. Nora mendapat hak penjagaan Aqash, manakala Adam terus merindui keluarganya.
Kehadiran Johan yanng merupakan seorang duda kaya, kemas dan sempurna di mata masyarakat, mengubah hidup Nora.
Mereka berkahwin demi masa depan Aqash. Namun rumah bahagia itu bertukar misteri apabila Nora perlu menjaga ibu Johan, Bainun, yang uzur dan hanya makan daging mentah.
Aqash mula diganggu dan pelbagai keanehan tercetus. Kemudian Johan maut dalam kemalangan, meninggalkan segala harta dan amanah untuk menjaga Bainun kepada Nora.
Kehadiran Adam juga kembali mencetuskan konflik lama. Namun cerita Aqash tentang gangguan Bainun memaksa Adam tinggal di rumah itu demi melindungi anaknya.
Mat dan Salmah, pasangan penjual daging, mula membuka kisah lama Suraya iaitu isteri pertama Johan, yang hilang sebelum dikatakan meninggal dunia.
Siapa sebenarnya Bainun? Apa rahsia gelap yang menghantui keluarga ini dan apa kaitannya dengan Suraya yang hilang secara misteri?
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Izreen Azminda menzahirkan rasa bangga atas pencapaian anak sulungnya, Adrian Umar, yang berjaya khatam Al-Quran serta terpilih sebagai tokoh pelajar di sekolah.
Menurut Izreen, setiap tahun anaknya itu sentiasa berusaha memberikan yang terbaik demi menjadi antara pelajar cemerlang seterusnya mampu membanggakan keluarga.
“Berjuta tahniah buat putera pertama kesayangan mama, Adrian Umar kerana berjaya khatam Al-Quran. Graduate dan terpilih antara yang terbaik untuk menerima anugerah TOKOH pada tahun ni.
“Setiap tahun abang tak penah gagal banggakan mama, opah dan cikgu-cikgu. Jauh di sudut hati mama, macam-macam perasaan ada. Sebak, terharu dan terlalu bangga dengan pencapaian abang.
“Terima kasih abang,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Izreen lagi, meskipun merasakan dirinya mempunyai banyak kekurangan, dia tidak pernah berhenti berusaha untuk menjadi seorang ibu yang terbaik dalam membimbing anak-anaknya.
“Mama mungkin bukan seorang ibu yang baik tapi mama akan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk abang. Mama mungkin seorang ibu yang penuh dengan kegagalan tapi mama sentiasa akan berusaha menjadi seorang ibu yg tiada kecacatan untuk abang.
“Mama mungkin sentiasa di jalan yang salah tapi mama akan berusaha menjadikan jalan itu lurus untuk abang. Terima kasih abang kerana sentiasa bersama mama,” ujarnya lagi.
Dalam hantaran sama, Izreen turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para guru yang telah mendidik dan membimbing anaknya sehingga berjaya menjadi pelajar cemerlang.
“Tak lupa juga buat semua guru-guru Adrian. yang mencurahkan ilmu dan kasih sayang yang tiada tandingan buat Adrian.
“Menggalas sebahagian tanggungjawab untuk mendidik dan membentuk Adrian menjadi manusia yg berguna.
“Jasa-jasa cikgu pada Adrian tak ternilai dengan apa sekalipun di dunia ni. Terima kasih cikgu,” kongsinya lagi.
Sekadar informasi, Adrian ialah anak sulung kepada Izreen hasil perkahwinan pertamanya bersama Muhamad Riza Baharudin pada 2012.
Pasangan itu bagaimanapun memutuskan untuk bercerai pada 2014.
Pada 2017, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Uda Wahid dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izreen Azminda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...