Uncategorized

Syamsul Yusof Minta Maaf Gagal Kawal Emosi

Share

Seperti yang semua tahu, baru-baru ini Syamsul Yusof telah dikritik oleh Redza Minhat sebaik sahaja pengarah muda ini memenangi trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57.

Melihat keterbukaan pelakon KILL ini, Syamsul telah bertindak untuk memuat naik sekeping nota khas buat individu seni yang suka mempertikaikan rakan seperjuangan.

Menurutnya dia tiada niat untuk berlagak mahupun menunjuk-nunjuk dengan apa yang telah dimiliki, sebaliknya dia hanya ingin menyedarkan Redza supaya tidak terlalu lantang apabila mengkritik.

Melalui portal hiburan, Syamsul memberitahu ini bukanlah kali pertama dia menerima kritikan daripada pelakon tersebut, malah sudah beberapa kali.

Syamsul menjelaskan tindakannya memuat naik satu nota di akaun Twitter rasmi miliknya yang mengaitkan pelakon Redza Minhat bukan tujuan berlagak terutama selepas memenangi trofi Pengarah Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik Ke-57.

Jelasnya, dia hanya mahu menyedarkan pelakon itu supaya tidak lantang mengkritik atau mempersoalkan kejayaan seseorang seperti yang pernah dia lakukan ke atas dirinya sebelum ini.

“Ini bukan soal lupa diri, tetapi saya ingin menegur jangan ingat kita lebih bagus daripada orang lain. Selain itu, jangan pernah rasa kita lebih hebat dan orang lain semuanya gagal. Prinsip saya mudah, kalau sesebuah filem itu berjaya, kita perlu hormat karya itu. Apa yang saya lakukan ini hanyalah untuk menyedarkan dirinya sahaja. Saya harap dia faham.

 

“Cuba contohi sikap pengarah hebat lain seperti Datin Paduka Shuhaimi Baba, walaupun menghasilkan filem seni, beliau tak pernah menghakimi karya orang lain,” katanya.

Walau bagaimana pun, Syamsul telah meminta maaf kerana gagal mengawal emosi ketika itu dan beranggapan apa yang dilakukan olehnya itu adalah jalan terbaik untuk menyedarkan sesetengah individu yang suka melakukan perkara yang sama termasuklah Redza.

“Saya tahu seeloknya saya perlu bersabar dengannya tapi saya rasa cara ini adalah yang terbaik untuk menyedarkan dia,” katanya.

MH Online harap selepas ni janganlah masam-masam muka pula bila bertemu ya.

IKLAN