Pengarah Syamsul Yusof terus mendiamkan diri selepas isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi Isnin.
Menerusi pemerhatian di laman Instagram miliknya, Syamsul, 39, hanya memuat naik gambar kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah beserta kapsyen ringkas, ‘always love’ (sayang sentiasa) pada malam Isnin.
Dalam pada itu, Syamsul turut memuat naik petikan video pendek memaparkan beberapa adegan dalam filem terbaharu arahannya, The Original Gangster yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad dan Hairul Azreen.
Ads
Terdahulu, Sarah memfailkan penceraian dengan ditemani dua adiknya, Sofia Megat dan Megat Imran Ikram pada pagi Isnin.
Aktres itu diwakili peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang menyatakan sebutan kes pasangan itu akan diadakan pada 7 Mac depan.
Ads
Konflik rumah tangga pasangan selebriti itu dikatakan sudah berlarutan sejak empat tahun lalu dengan kehadiran individu ketiga iaitu Ira Kazar.
Kemuncaknya apabila pengarah filem Munafik itu akhirnya membuat pendedahan pada 6 Januari lalu dia sudah menikahi isteri keduanya, Ira di Thailand, berwalikan bapa Ira iaitu pelakon veteran Kazar Saisi.
Ads
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seringtampilkelihatancantik dan menawan di kaca televisyenatau di sosial media, ramaisebenarnya yang tertanya-tanyasamaadaselebritiwanitakitainihandal di dapuratausebaliknya?
Kami percaya, tugas di dapur tidak semestinyatertumpukepadakaumwanitasahaja, lelakipun perluadakeupayaansama.
Namun, bilaseseorang wanitatermasukselebritikitapandaimemasak, ia pastinyajadi bonus buatmereka, semudah 1,2,3 kalau nak tambathatiibumertuaataubuahhati!
Sepertipelakonbaru, AuniYusryini,orangnyabukan sahajacantiktetapi juga merupakanseorangwanita yang jaguhdi dapur tau.Memangpekejlengkap la!
Bintang kelahiranDewiRemaja 2022 initelah pun membuktikan steriotaip yang mengatakananak-anakmuda kebanyakkannyatidakpandaimemasakternyatajauh meleset.
Malah, skil dan kreativitisertakebolehan memasakmerekamakinterserlahdenganadanyaproduk-produkpemudahcarasepertiNuuna yang memperkenalkanbihun goreng segerapertama di Malaysia iaituNuunaBihun Goreng Segera.
Meninjauskilmasakan yang ditunjukkanAuni dan rakan artis, Siti Khadijah Halim menyediakanhidanganNuuna Bihun Goreng Segeramemangnampakmudahkan!
Hanyaambil masa 10 minit, merekaberjayamenyiapkan NuunaBihun Goreng Perisa Asli.
Nampak ringkas, tak perlu ‘menangis’ potongbawang, tumisatau ‘berperang’ denganminyak.
Hanya rebus bihun, kemudiangaulkandenganperencah tersedia. Bauhidanganmemangmembukaselera.
Sama dengan Siti Khadijah, diatiadamasalahmenyediakan NuunaBihun Goreng perisapedas.Hanyatambah beberapabahansepertiudang, sotong dan sayuran dah siap!
Lebihmenarik, Auni dan Siti Khadijah menjadi individupertama yang mencubamemasakprodukNuunaBihun Goreng Segeraini.
Anda juga berpeluangmenjadiantara yang terawal dan merasaipengalamanserupamacamAuniYusri dan Siti Khadijah!
Lima pemenangbertuahakandipilihuntuk berentapbagimerebuthadiahutamaberjumlah RM1, 000 beserta hamper.
JomsertaicabaranMasak-Masak Bersama Nuuna denganmengikutilangkahmudahseperti yang tertera di poster di bawah;
Klik link video di bawahuntuktonton Video Masak–Masak bersamaNuuna dan rebut peluang menang!
Mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjaga keselamatan perairan negara, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang sentuhan Allahyarham Pitt Hanif sarat dengan aksi mendebarkan yang pastinya menyentuh emosi untuk menarik penonton ke pawagam.
Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia itu menampilkan gandingan hebat dua aktor dan aktres popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah dan Aziz M Osman.
Pelakon lain yang turut terlibat ialah Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.
Penerbitnya, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, perancangan menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM13 juta itu bermula sekitar 2017.
“Saya bersama Penerbit Eksekutif, Flying Deals Sdn Bhd, Rozita Mat Isa dan Jason Chong selaku penulis skrip mengemukakan kertas idea kepada Maritim Malaysia untuk menerbitkan filem. Kemudiannya, skrip dihasilkan dengan bantuan dan nasihat Maritim Malaysia melalui beberapa siri perbincangan dan penambahbaikan.
“Selepas mendapat kelulusan dan mendapat dana untuk projek filem kenegaraan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), kami mula mencari rakan penerbit untuk memulakan penggambaran.
“Akhirnya, kami bertemu dengan penerbit, Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production yang berminat untuk bekerjasama menerbitkan filem ini,” katanya.
Muhammad Hady Yusry berkata, penggambaran filem Coast Guard bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 24 Oktober 2019.
“Filem ini mula diarahkan pengarah Hashim Rejab dengan dibantu Allahyarham Pitt ketika itu. Bagaimanapun, Hashim terpaksa menarik diri kerana ada komitmen lain dan arwah Pitt mengambil alih mengarahkan filem sepenuhnya sehingga penggambaran selesai.
“Penggambaran filem mengambil masa selama 55 hari, membabitkan lokasi penggambaran sebanyak 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Selebihnya di Kuantan dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang,” katanya.
Mengulas penggambaran filem, kata Muhammad Hady Yusry, lebih seratus barisan pelakon dan kru termasuk pegawai khas dari Maritim Malaysia terbabit dalam penggambaran filem ini.
“Naskhah ini membabitkan kos tinggi kerana penggunaan aset ketenteraan iaitu tiga kapal besar, empat helikopter, 10 bot laju dan kelengkapan senjata api dan ‘machine gun’.
“Bagi menghidupkan babak, kami membina perkampungan lanun yang terpaksa diletupkan pada penghujung cerita dengan membabitkan kos RM400,000.
“Barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana juga menjalani sesi latihan ketat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) selama sebulan membabitkan aspek protokol, penggunaan senjata api, perlawanan dan sebagainya lagi,” katanya.
Mengenai cabaran menghasilkan filem, kata Muhammad Hady Yusry, pihaknya berdepan dengan keadaan cuaca yang buruk termasuk ribut taufan yang melanda sepanjang penggambaran di Pulau Langkawi.
“Sepanjang 18 tahun terbabit dalam bidang pemasaran dan penerbitan filem, penggambaran filem Coast Guard adalah paling mencabar. Barisan pelakon dan kru terpaksa berkampung selama tiga bulan dalam kapal besar yang berlabuh di tengah laut untuk penggambaran filem.
“Kami juga perlu melihat jadual penggunaan aset ketenteraan Maritim Malaysia dengan keadaan cuaca, selain aset sedia ada perlu digunakan dalam operasi Maritim.
“Sehari selepas penggambaran selesai, arwah Pitt pula meninggal dunia. Rozita dan Arie terpaksa menyambung kerja penggambaran lagi dua peratus di lokasi darat pula.
“Bayangkan, kami terpaksa mengambil alih tugas pengarah untuk menvisualkan semula untuk proses suntingan akhir filem ini,” katanya.
Tidak ketinggalan, Muhammad Hady Yusry berkata, barisan pelakon utama turut berdepan detik mencemaskan ketika penggambaran babak aksi filem itu.
“Saharul berdepan detik mencemaskan dan hampir lemas di tengah laut ketika menunggu diselamatkan helikopter. Julia juga hampir lemas kerana topeng selam tercabut ketika menjayakan sesi latihan dalam air di AMSAS.
“Mujurlah pasukan penyelamat cekap bertindak bagi membantu menyelamatkan mereka,” katanya.
Ditanya sasaran kutipan filem, kata Muhammad Hady Yusry, hasil tinjauan dan maklum balas daripada pelbagai pihak dan pawagam, filem ini berpotensi mendapat sambutan hebat seperti filem Paskal dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
“Saya juga mensasarkan filem ini akan mencecah kutipan sebanyak RM20 juta di pawagam nanti,” katanya.
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang edaran Metrowealth International Group dan disokong FINAS, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad. Tajaan membabitkan MyDebit, Peynet dan Starbucks.
Ia bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 2 Februari ini, termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.
Coast Guard Malaysia: Ops Helang mengisahkan kisah kehidupan Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baru di sebuah pulau selepas mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.
Hafiz membawa tunangnya, Nurul (Jaja Iliyes) untuk tinggal bersama selepas mereka memutuskan untuk berkahwin.
Namun, ketika majlis pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali menyerang dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapa serta beberapa tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.
Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana) ditugaskan untuk menyiasat kes berjaya menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya.
Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah berterusan mencabar Hafiz dan APMM, lalu satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gara-gara menitipkan nasihat tentang menikmati setiap momen-momen sewaktu bercuti, selebriti terkenal, Neelofa berharap agar orang ramai tidak menyalah tafsir tentang kenyataannya itu.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, dia hanya berkongsi pandangannya tentang sikap segelintir pihak yang pergi melancong hanya untuk dijadikan konten di media sosial tanpa menghargai apa yang ada di sekeliling mereka.
“Bukan saya larang untuk berkongsi dalam media sosial. Maksud saya ditujukan kepada sesetengah orang yang melancong hanya bertujuan untuk membuat kandungan media sosial sahaja.
“Ada yang sehingga buat persediaan dari sini (Malaysia) semata-mata untuk buat konten.
“Malah, ada yang merakam momen percutian mereka semata-mata untuk kandungan dalam media sosial, sedangkan pada ketika itu, dia diberi peluang berseronok dan mencipta kenangan,” katanya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi sebuah video di aplikasi Tik Tok.
Dalam pada itu, Neelofa turut mengakui dirinya akan melakukan hal serupa jika bercuti ke mana sahaja seperti berkongsi gambar atau video dalam media sosial, namun mahu mengubah tabiat tersebut.
“Ada beberapa situasi berbeza contohnya ada orang pergi atas rezeki dan ada yang pergi atas tuntutan kerja.
“Contohnya yang pergi melancong sendiri itu jangan salah faham. Tolonglah buat video dan ambil gambar banyak-banyak untuk kongsikan.
“Saya juga akan buat perkara sama seperti memuat naik dalam media sosial tetapi sebagai seorang yang banyak kali diberi peluang melancong dulu, perkara yang saya ingin ubah adalah lebih menikmati atau menghargai momen tersebut,” kata usahawan itu.
Lantaran itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu meminta semua pihak tidak memutarbelikan kenyataannya itu dengan andaian sendiri sehingga melibatkan nama individu lain.
“Saya baru perasan ada segelintir salah faham tentang apa yang saya ingin sampaikan dan ada juga media menulis artikel sehingga cuba memasukkan kefahaman berbeza.
“Saya tiada niat apa-apa atau mahu tujukkan kepada sesiapa. Tiada individu tertentu yang saya maksudkan.
“Demi Allah, apa yang orang lain perkatakan itu adalah fitnah seratus peratus. Itu hanya pendapat saya. Kalau nak bersetuju, alhamdulilah. Kalau tidak, saya pasti anda ada sebab dan pandangan yang tersendiri.
“Kepada media, jangan putar belit apa yang saya cakap sehingga menyebabkan ramai orang fitnah dan salah sangka,” akhirinya.
Sebelum ini, nasihat Neelofa tentang menikmati momen-momen ketika bercuti nyata mendapat pelbagai tafsiran daripada masyarakat.
Malah, ada juga segelintir pihak yang membuat andaian sendiri dengan mendakwa nasihat tersebut ingin ditujukan kepada selebriti terkenal Nur Fazura yang secara kebetulan baru pulang daripada bercuti di Amsterdam bersama keluarganya.
Sehingga kini video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir satu juta tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Tik Tok Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga pempengaruh, Syed Abdullah tampil mempertahankan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah susulan reaksi kurang senang segelintir pihak apabila dia dibandingkan dengan tokoh negara yang disegani, Tun Siti Hasmah.