Categories: Uncategorized

Syafiq Kyle Kongsi Adegan Lucu Dalam Nur, Bila Topik Sup Bunjut Menjadi Bualan Netizen!

Share

Siapa sangka sejak ditayangkan, drama Nur kini menjadi antara drama rantaian popular sehingga menjadi trending di negara ini.

Jadi tidak hairanlah jika drama yang dibintangi Syafiq Kyle, Noorkhiriah, Amyra Rosli itu turut mendapat respon positif daripada pencinta drama Melayu.

Malah beberapa jam lalu, menerusi akaun Instagram Syafiq Kyle, dia turut berkongsi adegan lucu menerusi salah satu babak yang menjadi bualan netizen.

Dalam video tersebut, Noorkhiriah yang mendukung watak sebagai Aishah mencuit netizen dan scene berkenaan juga turut trending di Twitter!

Menerusi video tersebut, Aishah menuduh Adam menyihir keluarganya dengan memasukkan sihir di dalam makanan mereka. Sedangkan, item yang disangka ‘sihir’ tersebut hanyalah sup bunjut sahaja.

Sehingga kini ia telah ditonton lebih 200,000 kali dan netizen juga tidak henti-henti memberi komen mengenai video terbabit.

 

 

 

 

IKLAN