Uncategorized

Syafiq Kyle Buli Hannah Delisha

Share

Amboi bukan main lagi kedua-dua pelakon Mencintaimu Mr. Photographer (MMP) ya.

Semakin hari MH Online nampak semakin akrab. Malah tidak dinafikan mereka berdua ni nampak semakin serasi bersama.

Semalam pelakon Syafiq Kyle telah memuat naik sebuah video mempromosi drama MMP di Instagramnya.

Apa yang menarik Syafiq sempat membuli Hannah yang comel dengan karakter seperti kebudak-budakan.

Difahamkan, video ini sebenarnya telah lama dirakamkan tetapi baru semalam Syafiq berkesempatan untuk muat naik ke akaunnya.

“Baru perasan ada video ni. Seronok gak buli budak ni. Ikut je macam parrot.Please ignore the fact ni video nak promote ep5. Malam ni episode 10 ok?!,” Katanya di ruangan kapsyen.

Malah ada juga peminat yang mendoakan agar mereka berdua akan disatukan dan bertemu jodoh kerana dikatakan serasi bersama.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang tidak berhenti mengelarkan pasangan ini sebagai pasangan paling sweet.

Jom layan gambar-gambar mereka bersama…

 

IKLAN