Syafie Naswip, Sharifah Aryana Imbau ‘Mukhsin, Orked’

Nampaknya sejak akhir-akhir ini Syafie Naswip sering muat naik gambar-gambar bersama dengan bekas heroinnya dalam filem Mukhsin, Sharifah Aryana.

Bukan sahaja nampak comel bersama malah kapsyen-kapsyen yang digunakan turut dikatakan sangat sweet hingga menyebabkan ramai netizen mula berteka-teki adakah mereka berdua punyai hubungan istimewa?

Antara kapsyen yang membuatkan ramai membuat spekulasi ialah seperti…

“Some relationships that don’t require a name, They are of emotions. #Friendship #KateLeo #Mukhsin #Throwback,” tulisnya diruangan kapsyen.

I may not always be there with you, But i will always be there for you. #Friendship #Mukhsin #KateLeo #Throwback

A post shared by Actor/25 (@syafienaswip) on

IKLAN

Some relationships that don’t require a name, They are of emotions. #Friendship #KateLeo #Mukhsin #Throwback

A post shared by Actor/25 (@syafienaswip) on

Everyone has a first love story to tell. #Friendship #Mukhsin #KateLeo #Throwback

A post shared by Actor/25 (@syafienaswip) on

Jika dilihat setiap gambar yang dimuat naik, Syafie tidak lupa untuk menggunakan hashtag #friendship #kateleo #throwback dan lebih mendapat perhatian apabila pelakon berusia 25 tahun ini turut menggunakan hashtag #Mukhsin.

Melihat kemesraan mereka berdua ramai yang secara tidak sengaja terimbau kembali filem yang pernah mencipta fenomena sendiri suatu masa dahulu.

IKLAN

Malah ada juga yang turut mendoakan mereka berdua bersama kerana selesa dan senang melihat kemesraan ‘Mukhsin dan Orked’ ini.

Jadi adakah benar mereka mempunyai hubungan bersama? Atau adakah ini sekadar gimik untuk mengembalikan ingatan orang ramai tentang filem yang mereka berdua pernah bergandingan?

Jika benar mereka bersama, MH Online doakan yang terbaik untuk mereka berdua dan sekirannya benar ada kesinambungan Mukhsin kedua kami tidak sabar untuk totonnya sekali lagi.