Categories: Uncategorized

‘Sweetnya!’ – Netizen Suka Tengok Momen Bersemut Farid Kamil Dengan Diana Danielle

Share

Hujung minggu lalu, pelakon, Datin Diana Danielle terlibat dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival di Technology Park Malaysia (TPM) Bukit Jalil selama 2 hari.

Diana juga turut berkongsi beberapa foto di laman Instagram miliknya mengenai penglibatannya itu.

Namun apa yang menarik perhatian MH adalah kehadiran suami Diana, Datuk Farid Kamil yang datang memberikan sokongan kepadanya, sambil itu ada juga terselit juga momen-momen bersemut mereka.

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga turut sama menyukai momen-momen tersebut serta memberikan komen positif kepada pasangan tersebut.

Awal tahun ini, pasangan tersebut pernah berdepan dengan ujian getir namun berkat keutuhan cinta mereka, kini kita dapat lihat sinar kebahagian terpancar di setiap tingkah laku mereka.

Antara selebriti lain yang terlibat dalam acara tersebut adalah Shukri Yahaya, Fattah Amin dan Janna Nick.

Sumber: IG Farid Kamil dan Diana Danielle

IKLAN