Categories: Uncategorized

Sweetnya Kejutan Hari Lahir Aepul Drama Band

Share

Menyambut ulang tahun kelahiran pada 19 Julai lalu, vokalis kumpulan Drama band, Aepul diberikan kejutan khas oleh isterinya, Leez Rosli.

Menerusi gambar yang dimuatnaik oleh Leez di laman Instagramnya, Aepul nyata terkejut dan gembira dengan surpriseyang dirancang oleh Leez.

Aepul atau nama sebenarnya Noorsyaiful Md Zalaludin meluahkan rasa gembira itu menerusi akaun Instagram (IG) beserta hashtag lucu #SeorangAepulMakinTua.

“Happy Birthday Babyyyy! Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT, semoga sentiasa dilimpahkan rezeki yang berganda, semoga sentiasa menjadi suami dan daddy yang awesome!”

 

Berjaya dalam bisnes, berjaya dalam empayar music industry, berjaya dunia akhirat and last but not least, semoga sentiasa bahagiakan isteri mu ini, baru lah semua kat atas tadi tu senang termakbul,” tulisnya. 

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji usaha Leez dalam membuat kejutan sweet untuk suaminya.

Peminat mereka juga mengambil kesempatan untuk memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Aepul dan mendoakan agar hubungan mereka kekal sehingga ke akhir hayat.

Dalam video pendek yang turut dikongsi Leez , Aepul sempat bergurau menyuruh isterinya mengemas semua kelopak bunga mawar merah dilantai.

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com

atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook Media Hiburan * Instagram mediahiburanofficial * Youtube Media Hiburan Official[/su_heading]
IKLAN