Uncategorized

‘Sweet’nya Isteri Lan Solo ‘Throwback’ Foto Lama Mereka 19 Tahun lalu, Mengaku Pernah Jawabkan Surat Peminat

Share

Seronok MH lihat penyanyi, Lan Solo dan isterinya, Nur Sheila ni. Dah lama kahwin dan berkenalan pun masih lagi ‘sweet’ sesama sendiri.

Terbaru, semalam Sheila berkongsi foto throwback mereka berdua di Instagram miliknya.

“Kemas kemas ‘office’ jumpa gambar ini, Cantik lahai muka ‘Iols’ kan? Masa ni zaman KY tolong LS jawab surat peminat.

“Macam-macam ada hui, yang letak bedak, bila buka je surat harum berdebu.

“Yang spray minyak wangi mak bapa diorang pun ada. Yang bagi hadiah bunga kering lah, kelopak bunga lah, anak patung, kain buat baju, songkok eh? Semua ada lah.

“Alhamdulillah, KY juga yang bertahkta di hati. Walaupun masa ini juga ada gadis dia try, haish…tabah lah.

“Gambar ini tahun 1999. Oh my! aku sendiri tak lalu tengok muka aku,” tulisnya.

Alahai, comelnya mereka berdua! Menariknya, bila MH menjengah di ruangan komen, kelihatan ada komen Lan di situ.

“Feeling feeling dak-dak Azroy time #Roy2hatikaukeras,” tulisnya.

“Kalau u Azroy, I apa pula,” balas Sheila.

MH difahamkan bahawa tempat foto itu diambil adalah di SMK Lembah Keramat. Wow! serius mengenang kembali nostalgia kan?

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4, Muhammad Akid Qassyaff, 3 dan Nur Amna Quxandra yang dilahirkan pada Februari lalu.

Foto: Instagram Sheila Razlan & Lan Solo

IKLAN