Sering kali akan berlaku spekulasi mengenai rumah tangga sekiranya tidak menayangkan kebahagiaan di laman sosial. Hal ini kerap kali berlaku kepada pelakon Nazim Othman dan isteri, Bella Dally.
Terdahulu, timbul spekulasi mengatakan rumah tangga mereka sedang bergolak selepas Bella memadam semua gambar Nazim di IG akaun miliknya.Dan dilihat Nazim jarang memuatnaik gambar bersama.
Namun, Nazim memberitahu mereka ada cara tersendiri dalam perhubungan.
Terbaru, pelakon drama bersiri Lara Aisyah telah mencoretkan ucapan khas buat Bella Dally sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
Coretan luahan isi hatinya menerusi sebuah entri di laman Instagramnya membuka mata netizen bahawa mereka mempunyai hubungan mesra, tetapi tidak selalu akan ditunjukkan kepada umum.
Menerusi coretan itu, dilihat Nazim ada memuatnaik satu video menunjukkan video klip lagu terbarunya, Kerana Cinta. Menurut Nazim, video itu terjemahan kisah mereka dalam bentuk metafora.
Nazim juga berkata dia bukanlah seorang yang romantik, yang pandai meluahkan cinta dengan kata-kata dari mulut. Disebabkan itu dia menulis perasaannya. Dia juga berdoa agar perkahwinan mereka akan kekal hingga ke syurga.
“Waktu berjalan pantas. Setahun malayari alam rumah tangga merupakan jajaran pengalaman yang mendewasakan. Lima tahun berkenalan sebelum berkahwin cukup untuk membuatkan saya sedar bahawa sesungguhnya masih ada insan seperti @belladally di dunia ini yang sungguh luhur hati budinya dan sangat setia bersama saya di kala suka dan duka.
“Apabila difikir balik, dia memang selalu ada walaupun sebelum berkahwin kami pernah “berpisah”. Ketika saya terlantar di hospital kerana ketumbuhan dalam otak juga dia ada (walaupun ketika itu saya pun tidak pasti sama ada saya akan “survive” seperti sediakala).
“Bukan calang-calang orang boleh bertahan dengan ketegasan dan pola pemikiran saya yang kompleks, tapi dia mampu seolah-olah hatinya sekuat titanium walaupun zahirnya kelihatan lembut.
“Dia selalu cuba untuk memenangi hati saya contohnya dengan belajar memasak lauk-pauk ala Melayu walaupun dia dibesarkan dengan makanan kurang gula, kurang garam, kurang minyak dan kurang lemak; semata-mata untuk pastikan saya gembira apabila pulang dari bekerja sehari suntuk. Oh ya, sekarang dia dah pandai masak ikut selera encik suami.
“Saya bukanlah seorang yang romantik, saya tidak pandai untuk meluahkan cinta dengan kata-kata dari mulut.. jadi saya menulis (atau menaiplah) dan perasaan itu saya zahirkan dengan menjaga dia pula.
“Ada kalanya saya rasa saya tidak layak untuk dia, tapi setiap kali perasaan itu hadir, setiap kali itu jugalah saya sedar, dalam soal jodoh, segalanya sudah tertulis di Luh Mahfuz. Dalam dunia ini, kita sebagai manusia tidak tahu aturan Ilahi. Saya berdoa agar perkahwinan ini akan kekal hingga ke syurga.
“Kepada isteriku, Nabilah… terima kasih atas segalanya…and yes, I love U!(klik link di bio saya untuk terjemahan kisah kami dalam bentuk metafora oleh @cstproduction melalui klip video lagu #keranacinta),” tulis Nazim.
Nazim dan Bella kini sedang menghabiskan masa bersama di Pulau Maldives sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
BACA JUGA> http://www.mediahiburan.my/nazim-othman-dan-bella-dally-pula-ke-maldives-tinggal-di-villa-rm10k/
Ruangan komen di instagram Nazim juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian kira-kira 1.9 juta pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja dan meninggalkan komen tersentuh dengan ucapan Nazim buat isteri.
Perkongsian itu telah menerima lebih daripada 49,000 tontonan. Rata-rata pengikutnya mendoakan hubungan mereka berkekalan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 10 September tahun lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI