Categories: Uncategorized

‘Susah Sebut Syeriv, Bapak Panggil Bebiboi Ajer’

Share

Pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk melihat wajah anak sulung kepada pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin.

Wajah anak mereka, Syeriv Samheizy telah dikongsikan di akaun instagram anak mereka sendiri dan mendapat hampir 14,000 like daripada pengikut-pengikutnya.

Di ruangan kapsyennya pula tertulis,

“Assalamualaikum semua!!! ????. Im Home!!! ?
Nama saya Syeriv Samheizy Bin Shaheizy Sam. Syatilla Melvin pulak nama Ibu ??♥️Saya lahir pakai kaedah c-section pada 9 May 2017 kat KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Selangor. Hari ni umur saya 46 hari ??. Kalau rasa susah nak sebut nama saya, Bapak selalu panggil Bebiboi aje. Syeriv ni Bapak cakap ejaan yang lain untuk Sherif, Syarif, Sharif atau Sarip. Alaa, bunyinye sama aje. Macam Ahmad/Ahmet/Ahmed, eja lain tapi bunyi dan maksud tetap sama. Tapi Samheizy ni saya tak tau maksud apa. Bapak cakap nama tu melambangkan seorang yang Handsome, Bergaya, Macho tapi Comel dan Berbau Wangi. Tapi saya tak percaya. Ibu pun tak percaya. Ibu cakap yang Bapak tak macam tu pun ? *Sigh*. Nanti saya post lagi gambar saya manyak2 kat sini, ok?!?Ibu cakap ada manyak lagi gambar yang handsome2 Ibu nak share dari 1st day saya keluar?. Ok, bye ????
P/S : BAPAK SAYA COOL! ?,” tulis kapsyennya.

Rata-rata pengikut Syeriv menginggalkan komen yang memuji kecomelannya.

miss_siti_manjalah: Comelnya bebiboi ne.. geram tgk.. hihi mcm ank unty dah..


qisqiiss: so cute so adorable so ??????
maerrsellaa: Kecik kecik dah hensem ishhh geramnyaa ??
arechiqa_90: Bebiboi cute ny awak.. Dapt juga tengok muka @syerivsamheizy yg macho ?

Memang tidak dapat dinafikan kecomelan anak kepada pelakon popular ini. Semoga Syeriv membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat ibu dan bapanya.

Sumber: Instagram Syeriv Samheizy

IKLAN