Sabtu lalu, acara Pesta Meriah Lain Macam yang dibawakan oleh Astro telah berlangsung meriah di Center Court, Suria KLCC.
Seawal jam 1 petang, para peminat telah mula berhimpun di setiap aras pusat membeli
belah untuk menantikan kemunculan artis-artis kesayangan mereka.
Tepat jam 3 petang, pentas Nyam Nyam Ketupat dibuka menerusi gandingan pengacara yang juga penyampai radio, Muna Bella dan Fazziq Muqriz.
Persembahan Istimewa Wani Kayrie & Dinda Dania
Malah, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan pembukaan daripada penyanyi popular tanah air iaitu Wani Kayrie dan Dinda Dania yang membawakan lagu ‘Balik Raya’.
Pada acara tersebut juga, Astro buat pertama kalinya melancarkan dan memaparkan iklan raya 2025 kepada umum.
Sherry Alhadad & Mierul Aiman Antara Bintang Iklan Raya Astro
Suasana di Suria KLCC makin meriah selepas kemunculan dua pelakon popular tanah air iaitu Sherry Alhadad dan Mierul Aiman yang masing-masing berkongsi pengalaman mereka sepanjang menjalani penggambaran iklan raya tersebut.
Ads
Selain Sherry dan Mierul, iklan raya Astro turut dibintangi barisan selebriti seperti Bella Dowanna, Qarina Karim, Kimberly Chuah, Evertts Gomes, Azri Safix dan Ellie Suriaty.
Persembahan Nyam Nyam Ketupat
Acara kemuncak Pesta Meriah Lain Macam ini turut dirancakkan lagi dengan persembahan daripada barisan penyanyi seperti Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy yang membawakan lagu Nyam Nyam Ketupat.
Malah, para pengunjung juga berpeluang mempelajari dance move Nyam Nyam Ketupat bersama para penyanyi di atas pentas.
Ads
Mereka yang bertuah turut memenangi sampul duit raya dan barangan eksklusif daripada Astro.
Sementara itu, duta ramadan dan raya Astro (RaRa Astro) iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Sherry Alhadad & Zizan Razak turut membuat penampilan istimewa untuk berkongsi mengenai kandungan eksklusif dan aktiviti hiburan menarik Astro untuk seisi keluarga sepanjang musim perayaan ini.
Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk merasai kemeriahan acara ini, jangan risau. Nyam Nyam Ketupat bakal ke beberapa lokasi seterusnya untuk mengadakan sesi meet & greet bersama peminat.
Berikut adalah tarikh dan lokasi acara Nyam Nyam Ketupat yang akan berlangsung sehingga 21 Mac ini;
Ads
Pada acara tersebut nanti, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik dan bertemu dengan barisan artis seperti Wani Kayrie, Dinda Dania dan Miss Alvy.
Bukan setakat itu, pengunjung yang bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM200,000 bila anda melanggan atau naik taraf ke mana-mana pakej Astro One.
Antara hadiah untuk dimenangi termasuk TV, tablet, telefon, baucar beli-belah (Shopee & Touch ‘n Go), peralatan memasak Le Creuset, dan banyak lagi.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan acara Nyam Nyam Ketupat dan rasai sendiri suasana ‘Pesta Meriah Lain Macam’ bersama Astro.
Sementara itu, jika anda terlepas sesi ‘meet & greet’, jangan risau, anda juga berpeluang untuk mendapatkan sampul raya eksklusif Astro secara percuma dengan hanya bergambar di photo frame yang terletak di outlet Astro terpilih.
Maklumat lanjut mengenai lokasi photo frame #MeriahLainMacam boleh didapati di astroinfo.co/rara2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita tahun ini lebih meriah dengan kehadiran selebriti popular seperti Zur Eda, Liza Abdullah, Irma Hasmie, Elliza Razak (Bintang AF), Maulana (Bintang AF), dan Kapten Amai.
Mereka bukan sahaja bakal menghiburkan pengunjung, malah turut serta dalam pelbagai aktiviti menarik seperti sesi Meet & Greet, demonstrasi masakan, serta perkongsian pengalaman Ramadan mereka.
Ini pastinya menambah keterujaan kepada pengunjung yang ingin merasai kemeriahan Ramadan dengan lebih istimewa.
Acara ini dianjurkan bersempena Sambutan Ulang Tahun AmBank ke-50, dengan tema “Malaysia Kita”, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan serta komuniti perniagaan tempatan.
AmBank terus komited menyokong perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan mikro dengan menyediakan platform untuk mereka memperkenalkan produk fesyen, makanan, dan kraf tangan kepada lebih ramai pelanggan.
Lebih daripada 50 gerai jualan disediakan di The Street, the Curve, Mutiara Damansara dari 28 Februari hingga 29 Mac 2025, menjadikan acara ini pusat sehenti bagi persiapan Hari Raya.
Selain menjadi tempat membeli-belah persiapan Syawal, AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita juga merupakan lokasi berbuka puasa yang santai dan menarik.
Pelbagai juadah berbuka disediakan dalam suasana nyaman, menjadikannya tempat ideal untuk iftar bersama keluarga dan rakan-rakan.
Bagi memeriahkan lagi acara, pengunjung boleh menyertai Pertandingan Selfie & Menang Raya, hanya dengan mengambil gambar kreatif di festival ini dan berkongsi di media sosial untuk berpeluang memenangi hadiah menarik!
Selain itu, Bintang Rentak Lebaran turut diadakan sebagai platform pencarian bakat bagi penyanyi yang ingin menampilkan kebolehan mereka dalam menyampaikan lagu-lagu Hari Raya.
Dengan pelbagai aktiviti menarik, AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita pasti menjadi destinasi utama warga kota untuk menikmati suasana Ramadan dan Syawal yang penuh kegembiraan serta semangat kekitaan!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Eh, bukan artis je boleh glow up tau, rumah pun boleh Glow Up! Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma, Astro Rewards tampil dengan satu kempen yang memang lain daripada yang lain iaitu Dekorasi Raya Borak Seeni.
Kempen ini menawarkan hadiah dekorasi rumah bernilai RM57,000! Haa… bukan main-main tu. Bukan setakat tukar langsir atau bantal baru, tapi anda akan menerima pelbagai produk hiasan dalaman yang akan membuatkan ruang tamu anda nampak macam set drama raya TV!
Cuba bayangkan waktu tetamu datang beraya, mereka disambut dengan sofa empuk yang baru, wing chair eksklusif ala selebriti dan bangku storan bergaya moden yang bukan sahaja praktikal, tapi confirm Instagrammable!
Kesemua hiasan dalaman yang akan menyerikan rumah anda bakal mendapat sentuhan jenama hebat Fella Design.
Tak perlu tunggu produksi TV datang makeover rumah, anda sendiri boleh jadi bintang utama dengan ruang rumah yang bakal ditransformasikan menjadi mewah menggunakan pelbagai produk yang dimenangi!
Nak menang hadiah eksklusif ni memang semudah ABC. Ikut je langkah ni:
Senang kan? Tak perlu buat video review, tak perlu hantar gambar rumah pun! Kalau anda bertuah, pihak Astro akan hubungi secara terus dan umumkan pemenang menerusi aplikasi My Astro App.
Jadi, tunggu apa lagi? Kempen Dekorasi Raya Borak Seeni ni bermula dari 4 Mac hingga 30 Mac 2025. Jangan lepaskan peluang eksklusif ni untuk jadikan rumah anda lebih elegan, lebih selesa, dan paling penting – lebih menyerlah masa Raya nanti.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui kesilapannya kerana terlepas pandang daripada membuat semakan terlebih dahulu sebelum mempromosikan produk berasaskan nikotin, baru-baru ini.
Menurut Siti, produk tersebut masih dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib, dan dia menyedari khilaf kesilapannya apabila memuat naik hantaran tersebut lebih awal.
“Hantaran tersebut sebenarnya dibuat secara santai. Saya sudah pun memohon maaf. Bila sudah memohon maaf, saya rasa orang pun akan faham kekhilafan kita.
“Ketika itu, saya sedang minum petang sambil melihat perkembangan bisnes anak-anak. Buat pengetahuan semua, mereka kini sedang di dalam proses untuk mendapatkan kelulusan bagi produk tersebut.
“Mungkin silap saya kerana memuat naik hantaran tersebut lebih awal,” katanya kepada MH.
Penyanyi Biarlah Rahsia itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran kolaborasi antara Siti Nurhaliza dan Pavilion KL, pada Rabu.
Sebagai figura terkenal, Siti Nurhaliza mengakui tidak mempunyai masalah untuk menurunkan ego dan memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan.
“Meminta maaf adalah satu tindakan yang betul bila kita ada khilaf. Kita tahu silap kita.
“Saya okay sahaja. Bagi saya, kita tak perlu berasa segan bila memohon maaf.
“Bagaimanapun, saya harap, apa sahaja yang dilakukan oleh anak-anak akan memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya lagi.
Sementara itu, Siti meluahkan rasa teruja apabila pihak Pavilion Kuala Lumpur menghargai jasanya sepanjang 30 tahun bergelar anak seni.
Selain diberikan ruang untuk menjalankan bisnes sepanjang Ramadan, Pavilion KL juga berbesar hati membuka galeri khas bagi mempamerkan busana ikonik dan trofi bersejarah miliknya khas buat tatapan peminat.
“Saya berterima kasih kepada pihak Pavilion Kuala Lumpur kerana menjemput saya dalam projek kolaborasi ini.
“Sepanjang Ramadan ini, booth saya, Simplysiti dan Afiya By Siti Nurhaliza, akan berada di sini.
“Saya juga tak sangka mereka mahu mengadakan galeri khas dengan membariskan busana dan trofi saya sepanjang 30 tahun bergelar anak seni.
“Saya harus memilih trofi dan busana yang mempunyai kenangan menarik. Kalau ikutkan hati, banyak lagi yang saya nak pamerkan.
“Ini satu penghormatan buat saya sebagai artis Malaysia yang diberikan peluang untuk berkolaborasi bersama pusat beli-belah terkenal,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.