Uncategorized

‘Super Love’, Kylie Jenner Miliki Aset Lebih RM3.6 Billion, Diramal Bakal Jadi Billionaire Termuda Dalam Sejarah

Share

Personaliti yang juga adik kepada super model, Kendall Jenner, Kylie Jenner telah dinobatkan sebagai Wanita Terkaya Amerika Syarikat oleh majalah perniagaan terkemuka, Forbes.

Bintang seksi yang memiliki empayar jenama mekap sendiri, Kylie Cosmetics, selain beberapa aset lain dikatakan sudah mengumpul kekayaan bernilai $900 juta, bersamaan sekitar RM3.63 billion!

Belum pun lima tahun terlibat secara aktif dalam dunia perniagaan, namun namanya sudah pun berada di dalam rekod ahli bisnes tersukses.

Pada masa sama, majalah tersebut seperti yang dipetik turut mengakui jika Kylie mampu mengekalkan prestasi jenamanya untuk beberapa tahun akan datang, tidak mustahil dia bakal bergelar billionaire termuda dalam sejarah.

Sekali gus, memadamkan rekod pencapaian pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang menjadi billionaire pada usia 23 tahun.

Menerusi Instagram, ibu muda itu juga turut merakamkan rasa terima kasih di atas penghargaan yang diberikan.

“Wow. i can’t believe I’m posting my very own @forbes cover. thank you for this article and the recognition. I’m so blessed to do what i love everyday. i couldn’t have dreamt this up!,” tulisnya.

Minggu lalu, Kylie turut menggemparkan dunia kecantikan apabila dikatakan bertindak membuang filer bibirnya.

Foto: Instagram Kylie Jenner

 

IKLAN