Ads

Sultan Johor Dikurniakan Cucu Kedua

Hari ini seluruh rakyat terutama negeri Johor mendapat berita gembira apabila Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda dikurniakan seorang putera.

Menerusi entri terbaru di laman facebook JOHOR Southern Tigers yang merafak syukur kepada ALLAH SWT dan mengucapkan tahniah kepada pasangan DiRaja itu.

Ads

“Merafak syukur kepada ALLAH SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda atas keputeraan waris kepada takhta kerajaan Johor pada 14hb Oktober 2017 di Wad DiRaja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

 

“YM Che Puan Khaleeda dan puteranya berada dalam keadaan sihat walafiat,” katanya seperti dipetik dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers di sini hari ini.

Ruangan komen di Facebook juga dihujani pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial yang begitu teruja dan tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat TMJ dan isteri.

Sultan Johor Dikurniakan Cucu Kedua

Ads

Khabar gembira berkenaan turut memaparkan kenyataan rasmi dari Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berhubung khabar berita itu.

“Jumaah Majlis DiRaja sukacita mengumumkan keputeraan seorang waris takhta Kerajaan Negeri Johor pada hari ini,” katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail dan isterinya telah dikurniakan seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah Tunku Ismail.

Ads

Putera kepada Tunku Mahkota Johor itu merupakan cucu kedua buat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar serta Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Sumber : Sinar Harian
Foto: JOHOR Southern Tigers

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.