Program hiburan realiti popular, Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) dilanjutkan satu minggu lagi dan konsert akhir akan dilangsungkan pada 27 November depan.
Pengumuman tersebut dibuat hos tetapnya, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein segmen awal program.
“Istimewa untuk semua, GV9 akan ditambah lagi satu minggu. Menjadikan konsert akhir dianjakkan kepada 27 November 2022.
“Suku akhir malam ni tak jadi dik” kata Elly.
Ads
Kejutan tersebut turut menerima sokongan daripada penonton yang berada di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, GV9 mula bersiaran 18 September lalumenampilkan Nabil Ahmad sebagai pengacara.
Ads
Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50,000.
Ads
Manakala tempat ketiga akan menerima RM30,000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Kesemua bintang edisi ini dinilai oleh ketua juri, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan salah seorang ahli keluarga daripada pihak defendan iaitu Ira Kazar mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya di media sosial minggu lalu.
Menurut Puteri Sarah, pihak peguam sudah melakukan penelitian berhubung kenyataan terbabit dan mendapati individu berkenaan sudah melanggar perintah injuksi interim.
“Saya nak maklumkan ada ahli keluarga pihak sana yang telah melanggar perintah injuksi. Jadi, hal berkenaan sudah diserahkan kepada peguam saya.
“Sepatutnya pihak sana diperintahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya di media sosial.
“Pihak peguam dapat kesan ada individu daripada ahli keluarganya yang membuat kenyataan di media sosial dan itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya
Puteri Sarah ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan oleh netizen.
Peguam Puteri Sarah juga telah menghantar satu notis komital / penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai pada semalam kepada individu tersebut.
“Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh netizen. Ikutkan saya memang tidak mengambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.
“Namun netizen sendiri yang maklumkan kepada saya dan saya terus menyerahkan perkara itu kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar atau tidak.
“Jadi, peguam sudah mengesahkan ia melanggar dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam,” ujarnya.
Terdahulu, Puteri Sarah menerusi peguamnya l menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira Kazar pada 28 Jun lalu.
Perintah itu didapatkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
Ia untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Shila Amzah menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya kerap menunjuk reaksi wajah ‘sombong’ ketika menerima komen-komen negatif daripada para juri Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9).
Menurut Shila, isu seperti ini dilihat seperti sengaja dibangkitkan bagi menanam kebencian terhadap dirinya.
“Apa yang boleh saya katakan, orang-orang di Twitter ini ada sahaja perkara yang mereka ingin bangkitkan. Seandainya mereka berani untuk bercakap sebegitu secara bersemuka, saya sangat seronok untuk mendengarnya.
“Saya ini kalau bernafas pun orang akan bercakap. Tak tahulah. Mereka seperti tidak suka kepada saya tapi mengapa, saya okay sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Memori Tercipta itu berkata sedemikian ketika ditemui usai konsert separuh GV9 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.
Tambah Shila lagi, pendengarannya sewaktu di atas pentas juga agak terbatas disebabkan ‘ear monitor’ yang dipakainya.
“Bayangkan bila kita selesai membuat persembahan, sudah tentu kita penat. Saya ini sejenis bila sedang fokus, wajah saya akan berkerut. Itu wajah fokus saya. Pernah ke saya buat ‘rolling eyes’ semasa merima komen juri? Rasanya tak pernah.
“Ketika penjurian, saya masih lagi memakai ear monitor. Suara juri tidak kedengaran di situ. Saya tak sempat nak buka pun. Saya kena fokus betul-betul untuk mendengarnya ketika di atas pentas,” ujarnya lagi.
Bercakap mengenai soal kehadiran bapanya yang juga merupakan penyanyi, ND Lala bersama ibunya malam tadi, Shila memberitahu, dia sangat gembira bila orang yang paling disayanginya itu menonton persembahannya.
“Kehadiran kedua ibu bapa saya ini juga merupakan satu kejutan buat anda semua. Kita memang dah ramcang sebegitu. Bapa saya selalu sibuk bila hujung minggu.
“Saya sangat gembira untuk melihat bapa saya di sini malam ini. Dia memang sudah berjanji akan datang pada konsert separuh akhir dan final,” jelasnya lagi.
Semalam, Shila telah membawakan lagu Sang Dewi dendangan asal Titi DJ. Manakala pusingan duet pula, Shila telah bergandingan bersama penyanyi, Jaclyn Victor menerusi lagu Sampai Bila (Misha Omar).
Dua persembahan memukau itu memboleh Shila berada ditempatkan kedua dengan markah 79.20% seterusnya berjaya mara ke konsert akhir Ahad ini.
Jaclyn Victor unggul ditempat pertama dengan meraih markah tertinggi 84.30%.
Selain Jaclyn dan Shila, empat lagi peserta turut berjaya mara ke konsert akhir iaitu Bob Yusof, Tomok, Hazrul Nizam dan VE.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Lufya Omar berkongsikan keadaan anak tunggalnya, Laana Haura yang kini dijangkiti demam campak atau cacar air.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Lufya atau nama sebenar, Lufya Sheikh Omar, 37, berkata semalaman anaknya tidak dapat tidur disebabkan jangkitan tersebut.
“Semalaman melayan Haura tak boleh tidur kena chicken pox. Teringat dulu masa kecil bukan main gatal mengenyam.
“Pagi ni dah start banyak kuek kuek (menangis) Harua panggil. Dia menangis sebab gatal,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Dalam entri tersebut juga, Lufya turut meminta tips daripada pengikutnya cara-cara untuk menghilangkan rasa gatal yang dirasai anaknya itu.
“Kalau kena ni tak boleh mandi kan? Any tips boleh share untuk hilangkan rasa gatal dan penjagaan supaya tiada kesan parut selepas pulih. Please share everyone,” tulis Lufya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘bermurah hati’ berkongsikan tips kepada pelakon tersebut, antaranya;
“Kalau petua orang dulu-dulu memang tak boleh mandi kak.. tapi kalau ikutkan doktor, kena mandi sebab kuman kan. So better mandilah kot. Rasanya ubat die calamine lotion untuk hilangkan gatal-gatal tu.
“Boleh try ni. Tumbuk lumat kunyit mentah lepastu campur minyak baby oil dan sapu satu badan. InsyaAllah Haura tak rasa gatal-gatal dan sakit. Lepas sembuh tak berparut.
“Mandi air kunyit dan ramas daun semambu, sebab both kunyit dan daun semambu boleh bunuh kuman.
“Gunakan kuning telur sapukan kepada bekas tu supaya tidak berbekas hitam dan campurkan susu.”
Memetik portal Myhealth, demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles.
Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Lufya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...