Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz, pelakon Bella Astillah meluahkan rasa syukur dan kagum dengan semangat yang ditonjolkan suaminya menerusi Gegar Vaganza musim kelapan (GV8).
Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah memberitahu, penyanyi yang sinonim dengan lagu Sayang-Sayang itu sangat tekun dan kerap berlatih demi memperbaiki mutu persembahan.
Dalam konsert minggu ketiga GV8 yang bersiaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Aliff berjaya mempersembahkan lagu Kasihnya Laila dengan baik meski ia bukan genre penyanyi berkenaan.
Ads
“Alhamdulillah, youre amazing love @iamaliffaziz P/s: Aliff punya passion dalam nyanyian mmg besar! Eventho at first actually dia risau juga coz rock bukan genre dia.
“Tapi Aliff sangat rajin practice and selalu belajar bersungguh-sungguh untuk sentiasa perbaiki mana-mana yang kurang (walaupun kuat bebel),” tulis Bella dalam satu perkongsian di Instagram, malam tadi.
Penyanyi Shiha Zikir terkilan apabila ada rakan selebriti yang tergamak menghubungi seterusnya memperlekehkan dirinya dalam dunia seni.
Sedih dan terkejut dengan hal yang berlaku, Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 34, berkata, ia kemungkinan individu tersebut kurang senang dengan apa yang dilakukannya sepanjang bergelar selebriti.
“Saya masuk industri nak cari duit untuk keluarga dan jaga ibu saya… siapa yang ikut perjalanan saya, akan nampak. Sakit nak jadi Shiha. Orang nampak saya happy kat luar tapi orang tak tahu kesedihan yang saya alami.
“Ramai orang perlekehkan apa yang saya buat dalam industri. Malah, ada kawan satu industri hubungi saya, tiba-tiba nak marah saya. Dia cakap ‘kau balik rumah cermin muka sendiri! Kau layak ke?’
“Sepanjang 20 minit dia cakap semua benda negatif yang merendah-rendahkan saya. Orang yang saya tak sangka akan cakap begitu. Dia persoalkan apa yang saya buat dalam industri.
“Mungkin sebab orang nampak saya buat semua benda dan menyebabkan mungkin ada beberapa pihak yang kurang senang dengan saya. Tapi saya nak cakap satu saja, saya tak pernah merayu tetapi tuhan yang beri (rezeki),” katanya.
Penyanyi lagu Irama ini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman top 5 Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan (AME 2021) di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.
Menerusi anugerah yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Januari depan itu, Shiha berjaya lolos dalam senarai ‘top 5’ menerusi empat kategori.
Dalam pada itu, Shiha juga akui dia tidak menyangka individu yang mengenali dirinya secara rapat sanggup berkata sebegitu kepadanya.
Malah dia turut mendedahkan kerap alami serangan panik ketika di rumah, gara-gara terlalu memikirkan perkara yang terjadi dalam kerjaya seninya.
“Bila dapat call daripada kawan, sudah tentu saya gembira tapi bila dia cakap macam tu, memang membuatkan saya sedih dan rasa down sangat. Masa dia call tu, saya dalam kereta. Lepas habis menangis, baru lah saya masuk rumah jumpa ibu.
“Walaupun cakap dekat ibu tak ada apa, tapi tak boleh nak sorok kesedihan. Sebenarnya dah beberapa kali saya rasa down sehingga mengalami serangan panik.
“Duduk bilik pasang aircond, tapi tetap berpeluh. Sakit sangat… sebab tu saya faham perasaan orang yang kena serangan panik ni,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Wany Hasrita mendedahkan dirinya telah mengambil pendekatan untuk berhenti seketika daripada menggunakan platform media sosial bagi memberi ruang buat dirinya untuk berehat.
Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, tahun 2021 sememangnya telah memberikannya banyak pengajaran terutamanya menerusi fasa jatuh dan bangun.
Katanya lagi, waktu yang terluang itu telah dimanfaatkan dengan menyertai aktiviti berkhemah di hutan.
“Tahun 2021 saya dipenuhi dengan fasa jatuh dan bangun. Banyak sebenarnya perkara yang saya belajar.
“Apa yang membuatkan saya berasa agak ‘down’ itu ada berkait rapat dengan hal peribadi saya. Iman seseorang itu pun boleh naik dan turun, ini kan pula mental manusia.
“Baru-baru ini pun, saya ambil keputusan untuk berehat setika daripada menggunakan media sosial tetapi tidaklah lama sangat sebab saya pun ada tuntutan kerja,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu, Pedas itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pelancaran produk Flavettes Nutriskincare yang berlangsung di Vogue Lounge, Menara Suezcap 1, Bangsar pada Rabu.
Enggan mengulas lanjut mengenai sebab utama dia berehat seketika daripada media sosial, Wany menyifatkan perkara tersebut sebenarnya terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.
“Lebih kurang empat hari saya deactivate akaun media sosial. Kemudian saya buat aktiviti masuk ke hutan untuk program perkhemahan. Di situ saya berehat seketika dan tenangkan diri.
“Sebenarnya, setiap perkara yang berlaku pasti ada penyebabnya. Apa yang buatkan saya ‘trigger’, saya tak boleh nak kongsikan kerana ia melibatkan hal yang sangat sensitif.
“Antara sebab lain mungkin saya terlampau fokus pada kerja sampai tiada masa untuk beri perhatian pada diri sendiri. Mungkin ini masanya untuk saya mengasingkan diri sekejap dan kemudian kembali semula dengan fresh start,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya adakah media sosial ini merupakan platform yang sangat toksik, ini reaksi balas yang dikongsikan oleh pemenang anugerah Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu;
“Nak kata media sosial saya ni toksik pun tak juga sebenarnya. Saya jarang menerima komen-komen yang buruk melainkan ada benda yang saya buat.
“Jadi, pada hari-hari biasa saya jarang dapat komen-komen negatif atau kutukan. Saya sangat bersyukur dengan perkara tersebut. Saya cuma ingin berehat dan tenangkan diri buat seketika,” akhirninya.
Dalam perkembangan lain, Wany bakal melancarkan single terbarunya yang berjudul Sang Purnama hasil kolaborasi bersama penyanyi Wani Syaz.
Malah, lagu duet Tragedi Cinta yang merupakan dendangan asal Achik Spin dan Siti Nordiana yang kini dinyanyikan semula Wany dan Tajul telah pun trending di tangga ke-7 di platform YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menzahirkan rasa lega selepas keluarga adiknya, Farah Yaakob yang merupakan antara mangsa yang terperangkap akibat musibah banjir di Hulu Langat telah berjaya diselamatkan oleh pihak bomba pada petang tadi.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, Fazley memaklumkan kesemua ahli keluarga adiknya itu telah berjaya dipindahkan dengan bantuan bot daripada pasukan penyelamat.
“Alhamdulilah! Keempat-empat anak buah saya, adik saya @farah.yaakob dan suami @ahmadrafizi telah berjaya di selamatkan,” tulisnya.
Dikesempatan itu juga, penyanyi lagu Asmara Ini itu turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang bertungkus lumus menghulurkan bantuan bukan sahaja buat keluarga adiknya tetapi juga buat mereka yang terkesan dek kerana musibah banjir ini.
“Terima kasih banyak buat semua yang bertungkus/lumus membantu, bukan hanya keluarga saya, malahan semua mangsa-mangsa banjir di #hululangat,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa syukur selain turut mendoakan agar musibah banjir ini dapat berakhir dengan segera.
“MasyaAllah tingginya air. Alhamdulillah dah selamat keluar dari rumah. Semoga dipermudahkan urusan adik Datuk Fazley.
“Allahuakbar. Alhamdulillah semua selamat dan dipermudahkan segala urusan.
“Alhamdulillah, semoga semuanya baik-baik sahaja,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, sejak semalam, Fazley telah pun meluahkan kegusarannya selepas rumah adiknya yang terletak di Hulu Langat telah mula dinaikki air ekoran cuaca hujan yang berterusan sejak hari Jumaat yang lalu.
Menerusi video yang dikongsikan di ruangan Instagram Stories, keadaan rumah adik Fazley menjadi bertambah buruk setelah air memasuki ke kawasan rumah sehingga menenggelamkan aras bawah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!