Pelakon Atikah Suhaime baru-baru ada memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan mini dress dalam rona pastel.
Seiring dengan foto tersebut, entri berkenaan turut dihujani komen netizen yang perasan akan perubahan fizikal pelakon itu yang kelihatan sedikit berisi.
Pelakon Saharul Ridzwan baru-baru ini telah merakam video secara diam-diam apabila mendapati anaknya, Muhammad Luth Ali sedang membaca Iqra’ di balik tirai rumahnya.
Malah, Saharul tidak menyangka bahawa anaknya yang berusia tiga tahun itu memahami sesuatu tindakan atau ajaran yang disampaikan dalam apa juga perkara.
“Mengaji belakang langsir!
“Ingat kan hari tu sy ajar Ali baca Iqra’? Nampak macam dia tak dengar, main-main, tapi sebenarnya anak kita ni saja je.
“Dia dengar and cepat ingat apa yang kita ajar atau buat. Jadi, bersabarlah kita sebagai ibu dan ayah dalam mendidik anak. InShaaAllah,” tulisnya.
“Saya sebak sebab tidak sangka akhirnya saya berkahwin dan bertemu dengan insan yang tahu menjaga hati.” Itu luahan rasa penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein apabila ditanya mengenai apakah perasaannya apabila bergelar isteri kepada lelaki pujaan hati, Mohamad Azlan Che Noh, semalam.
Sekali lafaz, pasangan itu sah bergelar suami isteri dan Elly Mazlein yang mesra disapa Kak Lina kembali menjadi suri hati seseorang selepas bergelar ibu tunggal lebih tiga tahun sebelum ini.
“Dia ibaratnya memberi kepercayaan buat saya untuk bercinta semula. Dia telah korbankan macam-macam dan saya rasa dialah yang membuatkan diri ini terbuka hati.
“Sebelum ini memang tidak mahu (bercinta lagi) dan bila kenal dengan cikgu, dia berikan keyakinan untuk bercinta semula. Susah pada awalnya kerana saya memang tidak boleh. Kemudian dia tidak pernah putus asa dan alhamdulillah, terbuka hati untuk terimanya,” kata Elly kepada MH.
Bintang Kampung People ini juga pada masa sama akui, cikgu paling rapat dengan anaknya, Putri Sara Sephia dan bapa, Syed Hanafi Syed Abdullah.
“Dia juga sangat rapat dengan Sephia dan abah. Itu yang buatkan saya lebih jatuh cinta padanya. Selain itu, dia juga turut menghargai dan menjaga keluarganya dengan baik.
“Saya pernah tanya mengenai apakah yang dilakukan apabila setiap bulan dia dapat gaji. Pertama dia cakap, dia berikan pada ibu bapanya dan jumpa itu, dia beritahu dengan jujur.
”Lazimnnya, kita faham kadang-kadang tiada sapa yang nak mengaku beri berapa banyak untuk orang tua. Akan tetapi kejujurannya itu buatkan saya kagum.
”Dia juga tidak malu untuk berkongsi mengenai latar belakang dan sebagainya. Saya cakap padanya… saya tidak minta semua itu. Saya hanya harapkan seorang suami yang boleh jaga saya dan anak sekeluarga. Ifu sahaja,” jelasnya lagi.
Sementara itu, suaminya turut melafazkan kata janji buat Elly. Pasangan itu berkata demikian ketika ditemui sesi malam berinai, sehari sebelum berkahwin.
Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Disember tahun lalu.
Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat kumpulan Puteh membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 selepas dinobat juara Maharaja Lawak Mega (MLM 2019).
Ini kali pertama kumpulan berkenaan melakar kemenangan dalam program tahunan ini.
Persembahan Puteh nyata mendapat sorakan gemuruh penonton selain mendapat reaksi positif para juri profesional.
Puteh berjaya mengetepikan Zero yang menduduki ditempat kedua dengan hadiah wang tunai RM250,000 beserta trofi.
Di tempat ketiga, Bocey membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 dan trofi.
Dua lagi finalis J-born dan Rare di tempat keempat dan kelima dengan masing-masing menerima wang tunai RM50,000 dan RM15,000 beserta trofi.
Empat juri profesional yang mengadili peserta mewakili sebanyak 70 peratus markah sementara 30 peratus undian penonton menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).
Juri profesional terdiri daripada Datuk Jamal Abdillah, Lisa Surihani, Najip Ali dan Inul Daratista.
MLM 2019 berlangsung selama 11 minggu di Royal Theatre, Shah Alam dengan Datuk AC Mizal selaku pengacara dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Tahniah buat semua finalis!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.