Tetap dengan pendirian untuk tidak turun mengundi pada Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung 19 November ini, bekas penyanyi nasyid, Suhaimmi Saad mendakwa proses pengundian ibarat seolah satu bentuk perjudian.
Menerusi video yang dibuat Suhaimi, dia menyatakan hujah-hujahnya kenapa dia berpandangan sedemikian buat tatapan umum.
“Korang mengundi sebab korang rasa itu wajib, esok Allah tanya korang jawablah. SS (Suhaimi Saad) tak fikir macam itu.
“Aku bumi pun tak sama macam . Korang tahu tak orang yang mengundi, ambil calon tu keluarkan wang pertaruhan, judi tahu tak?
“Yang korang dok pergi sokong, pergi bela, pergi undi tu. Tak kiralah parti mana pun, tanya betul ke tak ada wang pertaruhan?
Ads
“Kalau kalah hangus duit tu, judi ke tidak? Judi! Itu pemimpin-pemimpin yang berjudi tu korang nak angkat jadi pemimpin? Wakil-wakil rakyat tu? Sorrylah,” katanya dalam video tersebut.
Bekas ahli kumpulan nasyid In-Team itu walau bagaimanapun tidak memaksa orang lain untuk mengikut jejak langkahnya yang enggan mengundi.
“Cara kau fikir tak sama dengan SS. Watch out, nak mengundi silakan. Esok jawab sendiri depan Allah,” katanya lagi.
Ads
Untuk rekod, Suhaimi dikenali sebagai salah seorang selebriti yang menolak vaksin ketika pandemik Covid-19 melanda.
Selain itu, dia juga percaya kepada teori bumi berbentuk rata itu juga tidka menghantar anak-anaknya ke sekolah dan memilih untuk mendidik mereka di rumah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Keadaaan pelakon Nad Zainal kini dikatakan kritikal dan berada di bawah pemantauan Unit Rawatan Rapi di Hospital Ampang Puteri.
Pelakon Ungku Ismail Aziz memaklumkan perkembangan terkini aktres tersebut menerusi paparan yang dimuat naik menerusi Insta Story sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua. Nad Zainal sedang kritikal sekarang dalam ICU.
“Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala. Allahuma Amin,” tulisnya.
Sementara itu, bekas suami Nad iaitu Faliq Amirudin turut memohon doa orang ramai agar bekas isterinya itu diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat.
Dalam entri yang ditulis menerusi Insta Story, Faliq menulis,
“Assalamualaikum, buat sesiapa yang mengenali kawan saya, @nad.zainal, dia dimasukkan ke dalam hospital dari malam tadi (Selasa).
“Sekarang dia ditidurkan atas beberapa faktor, mari kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya dia diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat,” tulis Faliq.
Sementara itu, rakan artis seperti pengarah Shahrulezad Mohameddin, Zalif Sidek, Mira Filzah, Haiza Hanafi dan Ummi Nazeera turut mendoakan agar aktres itu segera diberikan kesembuhan.
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, moga Nad Zainal dilindungi Allah SWT. Moga dipermudah segalanya, amin,” titip Zalif Sidek.
“Allahuakbar, Allah Maha Penyembuh,” tulis penyampai radio Buletin FM, Haiza Hanafi.
Terdahulu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan kini berada dalam keadaan ditidurkan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terlebih dahulu mencipta fenomena menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus, pelakon Meerqeen, 21, kini mencipta sukses apabila bakatnya turut menarik perhatian produksi Indonesia.
Bertitik tolak daripada kunjungan pertama untuk sesi bertemu peminat di Jakarta sebelum ini, rezeki Meerqeen terbuka luas apabila diberi kepercayaan untuk menjayakan produksi di sana.
“Memang ini pengalaman yang menarik dan tidak dapat dilupakan. Saya gembira kerana kerja keras selama ini tanpa disangka membuka mata ramai, termasuk produksi luar yang mula menyedari kehadiran dan mempercayai bakat saya,” katanya.
Meerqeen pada masa sama turut berkongsi pengalaman menjayakan sebuah web drama untuk Bank Rakyat Indonesia.
Jelasnya, web drama berjudul Modus Operandi itu bukan sahaja membuka langkah pertamanya ke sana, tetapi juga memberikan pengalaman baharu untuk terus meneroka peluang kerjasama dengan produksi lain di Indonesia.
“Sebelum ini, saya ke sana untuk bertemu dengan peminat dan memenuhi pelbagai undangan rancangan TV. Rentetan daripada kunjungan pertama itu, lebih banyak rezeki yang mula terbuka untuk saya mencuba.
“Sudah pasti sebagai pelakon baharu, saya gembira dengan tawaran yang datang. Mereka nampak sesuatu dalam diri saya dan ia merupakan penghormatan yang besar, terutama apabila dapat bekerjasama dengan Bank Rakyat Indonesia,” katanya lagi.
Modus Operandi yang menjalani penggambaran selama seminggu di Jakarta turut dibintangi Krito Immanuel, Yusuf Mahardika, Diandra Agatha dan Maudy Effrosina.
Menariknya, Meerqeen diberikan peranan sebagai teraju utama dalam drama berkenaan dan gembira dapat bekerjasama pengarah berpengalaman, Makbul Mubarak.
“Memang saya teruja, pada masa sama gemuruh untuk bekerjasama dengan mereka yang berpengalaman. Ini merupakan produksi pertama saya di sana dan sedikit sebanyak ada perbezaan ketara, terutama dalam cara kerja.
“Tapi, saya gembira kerana mereka banyak membantu, terutama semasa proses pra-produksi. Kami terlibat dalam sesi latihan bagi melicinkan proses seterusnya. Ini memang memberikan pengalaman berharga buat saya,” tambahnya lagi.
Meskipun drama berkenaan masih belum ditayangkan, Meerqeen bersyukur apabila dirisik beberapa produksi lain yang melihat potensi dirinya untuk terus menyerlah dalam bidang lakonan dan pengacaraan.
Tambahnya, dia masih memikirkan tawaran yang diterima, namun tertarik dengan sebuah produksi yang berminat menggunakan khidmatnya sebagai pengacara untuk sebuah program TV.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan beberapa tawaran yang diterima. Kalau kena dengan masa dan jadual, pasti saya akan terima. Apa sahaja perkembangan nanti akan diumumkan kepada semua.
“Terima kasih kepada semua pihak, terutama peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya. Tanpa sokongan dan doa semua, tidak mungkin saya mampu melangkah sejauh ini.
“Kepercayaan yang diberikan ini membakar semangat saya untuk terus berusaha keras dan membuktikan kehadiran saya dalam bidang seni bukan main-main. Saya mahu serius menjadi insan seni yang disegani,” katanya lagi.
Modus Operandi akan mula ditayangkan pada 4 November ini menerusi saluran youtube BRI (Bank Rakyat Indonesia).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin rancak dijalankan sehingga ke hari pengundian pada 19 November depan.
Dalam tempoh dua minggu ini pastinya setiap parti dan calon terlibat giat menjalankan ceramah serta beramah mesra bersama pengundi di kawasan masing-masing.
Dikenali salah seorang selebriti yang sering berkongsi mengenai hal politik negara di media sosial miliknya, pelakon Datuk Adi Putra memberikan ‘pesanan’ buat semua individu yang terlibat dalam PRU15 agar berkempen secara baik dan aman.
“Saya mendoakan pada semua yang berkempen secara berhemah dan matang.
“Walau perbezaan ideologi parti, kita hormat dan menghormati.
“Selamat berkempen PRU15,” tulis Adi di ruangan kapsyen menerusi satu entri di laman Instagram miliknya.
PRU15 kali ini menyaksikan beberapa selebriti tanah air bertanding seperti Datuk Seri Eizlan Yusof bagi Parlimen Sabak Bernam dan pengarah, Ahmad Idham di Port Dickson.
Kedua-duanya bertanding atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Selain itu, pelakon Lando atau nama sebenar Azlan Sani Zawawi turut bertanding mewakili Pejuang bagi kerusi Parlimen Tanjong Karang.
Pengarah Jurey Latiff pula bertanding di Parlimen Lenggong, Perak mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Adi Putra
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...