Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.
Memetik laporan Kosmo Onlie, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek menyifatkan khabar angin tersebut sebagai tidak berasas dan hanya spekulasi nakal.
“Mana pula dapat cerita ini? Belum lagi. Sabarlah. Saya sendiri baru dengar cerita ini kononnya ada pengumuman istimewa pada tarikh berkenaan, namun hakikatnya tiada apa akan berlaku,” katanya seperti yang dipetik.
Erra Fazira Dah Jumpa Keluarga Mr. E?
Dalam pada itu, pelakon filem Pasrah ini turut tidak mengiyakan desas desus yang mengatakan dirinya sudah bertemu dengan keluarga Ezwan Zain iaitu lelaki yang dikatakan sedang rapat dengannya.
Katanya lagi, dia dan Ezuan atau kini lebih dikenali sebagai Mr. E mula berkenalan ketika menjalani penggambaran program bual bicara, Primadona beberapa tahun lalu.
Ads
“Ketika penggambaran program itu di kafenya kami tak bersembang pun. Kalau tak silap saya, kami bertemu semula tiga tahun lalu di konti radio Sinar FM.
“Dari situ, kami mula berbual sekadar menyantuni. Hanya beberapa bulan lalu Ezwan rajin menghantar mesej dalam Instagram (IG), sejak itulah, kami semakin rancak berbual.
“Maka, boleh dikatakan kami mula rapat sejak beberapa bulan lalu. Saya kategorikan Ezwan sebagai kenalan rapat,” katanya lagi.
Mengulas mengenai ucapan hari lahir yang dititipkan buat Mr. E, Erra memaklumkan ia merupakan ucapan biasa yang sering ditujukan buat kenalan terdekat.
Ads
“Mengucapkan ‘happy birthday’ adalah perkara biasa. Sebelum ini, sudah ramai yang saya ucap berserta dengan emoji hati. Mungkin dia terlihat sebagai ‘potential partner’ di mata orang luar.
“Saya jarang berkongsi apabila tiada keperluan untuk dikongsi. Dalam hati, tujuan saya sekadar ingin membuat kejutan istimewa buat Ezwan. Hanya ucapan ringkas buat ‘birthday boy’, maka saya muat naik,” katanya.
Ads
Terdahulu, ucapan khas dibuat Erra dalam Instagram Stories seperti ditujukan kepada seseorang istimewa yang tidak didedahkan identitinya mencuri perhatian ramai.
Dalam hantaran tersebut, Erra dikatakan membuat ucapan ulang tahun kelahiran buat insan disifatkannya sebagai mendamaikan.
Sekadar informasi, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan penyanyi, Datuk Yusri Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.
Kemudian dia berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 2007 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya, 16, tetapi mereka berpisah pada 2014.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Kosmo Online & Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Arrora Salwa, 39, tidak melenting apabila namanya dikaitkan segelintir netizen dengan dakwaan mengamalkan sihir ketika bersaing di dalam program realiti Gegar Vaganza 11 (GV11).
Menurut Arrora atau nama sebenarnya, Salwa Md Razak, dia hanya mahu tenang daripada terus memkirkan mengenai dakwaan yang tidak berasas itu.
“Saya tidak tahu bagaimana isu itu boleh timbul. Tapi beginilah, apa yang boleh saya cakap, kalau saya seorang manusia yang amalkan ‘mandrem’, saya tak pernah ada dalam kedudukan lima teratas dalam GV11.
“Cuma satu saja yang saya nak pesan. Kepada sesiapa yang menimbulkan cerita ini, terima kasih sangat sebab pahala percuma awak mengalirkan kepada saya. Jadi terpulanglah.
“Antara dia dengan saya, saya tak nak tahu siapa mula timbulkan mengenai perkara itu. Tetapi itu hal antaranya dengan Dia, biarlah. Saya okay saja, tak mengapa,” katanya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Ahmad itu berkata demikian ketika ditemui sejurus saingan minggu ke tujuh GV11 di Auditorium MBSA Shah Alam, malam tadi.
Arrora bagaimanapun mengakui sudah mendapatkan nasihat peguam susulan dakwaan yang bertebaran.
“Orang sampai-sampaikan malah dekat ruangan komen pun ada juga. Biarkan sajalah. Lepas tu saya cakap kalau pakai ‘mak esah’ sekalipun, tak kan lah asyik dapat markah rendah sahaja.
“Sekurang-kurangnya biarlah di kedudukan lima dan ke atas atau baik nombor satu terus. Kekal nombor satu sampailah habis pertandingan.
“Cuma seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini, selagi ia tidak mengganggu nama baik saya dan keluarga, okay lagi.
“Saya ada juga rujuk dan berbincang juga isu ini dengan peguam. Nasihatnya sebagai ‘public figure’, selalunya benda-benda macam ni memang boleh berlaku.
“Selagi ia tidak mengganggu nama baik kita tenang sahaja dulu. Tetapi kalau ada apa-apa, maklumkan mengenai perkara itu kepadanya, saling pantau dan akan ambil maklum.
“Setakat ini saya okay sahaja, anggap ia sebagai hiburan. Bak kata Tok Ram (Ramli MS), ‘tin kosong’ jangan dilayan. Jadi itulah yang saya pegang,” katanya lagi.
Terdahulu, Arrora memuat naik sepotong video di media sosial yang memaparkan dirinya lalu di bawah ampaian sebagai reaksi balas terhadap dakwaan khabar angin sebelum ini yang kononya dia ada menggunakan ‘mandrem’ atau ‘mak esah’ di GV11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelawak dan usahawan, Shuib memanjatkan rasa syukur apabila impian untuk membawa sahabat baiknya, Mamat Sepah untuk bersama-sama menunaikan umrah akhirnya menjadi kenyataan.
Menurut Shuib, hasrat tersebut terdetik sewaktu dia dan keluarga menunaikan umrah pada November tahun lalu.
“Ceritanya begini, sebelum ini saya ada pergi umrah. Sepanjang umrah tersebut, ketika di Mekah dan Madinah, hati ini terdetik dan berkata-kata, seronoknya kalau dapat pergi umrah bersama Mamat.
“Bila balik haritu, saya ada bercakap dengan dia, mesti seronok kalau kita pergi umrah sama-sama. Jadi, ini semua Allah punya kuasa dan Dia makbulkan.
“Segalanya sudah selesai dan saya dapat bawa Mamat pergi umrah. In sha Allah kita akan pergi pada bulan puasa,” katanya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bekas penyampai radio Sinar FM itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menerusi hantaran sama, Shuib turut memaparkan reaksi Mamat yang dilihat tidak dapat menahan sebak saat mengetahui perkara tersebut.
Bukan setakat itu, Shuib juga bakal membawa isteri kepada Mamat untuk turut sama menunaikan umrah pada bulan Ramadan nanti.
Ia juga merupakan hadiah daripada Shuib bersempena ulang tahun perkahwinan Mamat bersama isterinya pada 1 Mac depan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak selain turut memuji keakraban persahabatan diantara Mamat dan Shuib yang bertahan sehingga hari ini.
“Murah rezeki kau bang. Semoga bersahabat hingga hujung nyawa.
“Ya Allah menangis saya. Sahabat sejati dunia akhirat.
“Tahniah Mamat dan terbaik Shuib. Ingat kawan masa susah senang dulu. Rezeki kau Mamat dapat kawan macam ni.
“Susah dengan kawan, senang pun dengan kawan. Saya ada seorang macam ni. Tak selalu ada tapi sentiasa bersama.
“Semoga Allah limpahkan berlipat kali ganda rezeki yang halal buat Shuib dan Watie sekeluarga,” antara komen-komen netizen.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 200,000 jumlah tontonan di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuib & Mamat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Di sebalik kegembiraan menanti kelahiran anak sulung bersama isteri tercinta, Mahalini Raharja, Rizky Febian akui kerjayanya sedang berada dalam keadaan kurang stabil.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi terkenal itu kepada ayahnya, Sule.
Dalam perbualan itu, Rizky sempat meluahkan kebimbangannya terhadap cabaran kewangan yang dihadapi ketika ini.
“Ya, dia sempat berkata kerjanya dalam keadaan kurang baik. Saya berkata, dia sedang diuji. Nikmati sahaja dulu,” ujar Sule ketika ditemui dalam program Brownis pada Sabtu, 25 Januari 2025.
Bukan itu sahaja, Rizky turut meluahkan rasa risau tentang tanggungjawab besar yang bakal dipikul sebagai seorang ayah. Namun, Sule menenangkan anak sulungnya itu dengan nasihat penuh makna.
“Dia sempat membuat curahan hati, nanti bagaimana kalau sudah ada anak. Saya cakap, santai saja, tak perlu terlalu difikirkan,” tambah Sule yang sentiasa memberi sokongan moral buat anaknya.
Imbas kembali, Mahalini membuat keputusan besar dengan berehat sementara daripada dunia seni demi fokus kepada kehamilannya.
Keputusan itu diumumkan ketika membuat persembahan di malam Tahun Baru di Kelapa Gading, Jakarta Utara, pada 31 Disember 2024.
Rizky Febian dan Mahalini melangsungkan perkahwinan pada 10 Mei 2024 namun begitu perkahwinan tersebut tidak sah dari segi syariat.
Pasangan ini melakukan akad nikah semula pada 27 Disember tahun yang sama. Kini dikhabarkan kandungan Mahalini sudah memasuki usia 8 bulan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...