Terlalu rindukan anak-anak dan kemungkinan besar mempunyai masalah mental dan tekanan perasaan adik kepada pelakon Datuk Farid Kamil tampil berhadapan dengan media dan menjelaskan apa yang terjadi sebenarnya.

Menerusi media tempatan, Fadzil yang hadir ke Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya memberitahu dia tidak menolak jika abangnya itu mengalami tekanan perasaan kerana sudah lama tidak bertemu dengan dua orang anaknya iaitu Muhammad dan Nur Arora.

Malah Fadzil turut memberitahu media, tiga hari sebelum kejadian Farid ada mengadu sudah dua hari tidak bertemu dengan anak-anaknya.

Sudah Lama Tidak Bertemu Anak, Mungkin Ada Masalah Mental & Tertekan, Ini Penjelasan Adik Farid

IKLAN

Sementara itu, salah seorang adik kepada Farid juga memberitahu mereka tidak berjaya menghubungi Diana (isteri Farid Kamil) dan tidak tahu mengapa dia tidak hadirkan diri saat Farid memerlukan sokongan daripada orang paling rapat dengannya.

Bagaimanapun pihak keluarga Farid kini merancang untuk membawa Farid untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

IKLAN

Terdahulu salah seorang rakan lakonan, Sofi Jikan turut memberitahu pihak media rakannya itu kemungkinan besar sedang mengalami tekanan kerana dibelenggu dengan pelbagai masalah peribadi dan kerjayanya.

IKLAN

Malah, Sofi turut memberitahu Farid pernah menyuarakan hasratnya untuk memperjuangkan nasib artis yang berdepan dengan masalah hutang bersama ah long.

SUMBER GAMBAR: Sinar Online

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI