Meski bergelar isteri pada usia yang agak muda, namun pelakon, Mawar Rashid nyata teruja dan mengakui dirinya ada cara tersendiri dalam bergaul dengan ibu mentuanya.
Bijak membawa diri sebagai menantu, Finalis Dewi Remaja 2015 ini juga sedia dikenali sebagai artis yang cukup rapat dengan ibu yang dipanggil mummy.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri.
“Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua,” katanya seperti yang dipetik menerusi Keluarga.
Jelasnya lagi, pergaulan bersama keluarga sebelah suami khasnya bersama ibu mentua memberi ruang buatnya untuk belajar perkara baru.
Ads
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand.
“Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin.
“Banyak nasihat yang beliau kongsikan,” ulas Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua.
Ads
Sambil memanjat rasa syukur, dia pada masa sama turut berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
Ads
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga.
“Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang turut mendoakan urusan bersalin anak keduanya nanti juga dipermudahkan.
Imbas kembali, Mawar mendirikan rumah tangga dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael Mac tahun lalu.
Mawar juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Nabil Mahir mendedahkan dirinya sudah pun tamat menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di rumah selepas difahamkan ada melakukan kontak rapat bersama individu yang disyaki positif Covid-19.
Menurut Nabil, ini merupakan satu pengalaman baru buat dirinya kerana dia hanya duduk seorang diri di dalam bilik dan langsung tidak keluar.
“Nabil dah 14 hari locked up kat dalam bilik tak keluar. Apa-apa yang dihantar ke bilik seperti makanan dan bekasnya, tak keluar dah.
“Siap beli tong sampah besar supaya sampah pun tak keluar dari bilik ni. Sangat jaga SOP sebab pentingkan keselamatan family dan orang lain.
“Dulu quarantine kat rumah 3 bulan time MCO da 1 experience, but bila quarantine kat bilik je sorang2 is a whole new experience.
“Whatever it is, alhamdulillah semuanya dah selesai dan baik-baik saja,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan tunang kepada pelakon, Ayda Jebat itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Nabil turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mengambil sikap sambil lewa lebih-lebih lagi bila berdepan dengan pendemik ini.
“Tolonglah semua, please please jaga diri by follow SOP. Hanya dari perbuatan kita sendiri yang kita dapat kalahkan isu pendamic ini.
“Kalau ade berdekatan dengan case positive Covid-19, tolong la guna akal yang ada untuk quarantinekan diri.
“Sedih dan marah bila tengok makhluk yang tak bermoral seperti orang yang da pakai pink bracelet tapi nak keluar macam biasa. Jangan jadi punca cluster baru.
“Let’s put a stop to this pendamic. Jagalah kebersihan. Tingkatkan moral. Disciplinekan diri. Kita bole menang,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pendapat yang sama selain turut berharap agar semuanya baik-baik sahaja buat Nabil.
Sementara itu, Nabil dan Ayda bakal melangsungkan perkahwinan mereka 1 Januari depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Mira Filzah ada memberi penjelasan mengenai perkongsiannya bersama suami, Wan Emir Astar di platform media sosial.
Tidak dinafikan, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah, mengakui ada ketikanya apa yang dimuat naiknya telah mendapat reaksi pelbagai warganet.
“Pada pandangan peribadi, saya sebenarnya tidak terlalu berkongsi hal peribadi bersama peminat, cumanya, saya ada akaun YouTube yang dikongsi bersama dengan Emir.
“Jadi di situ kami kerap berkongsi aktiviti bersama seperti bermain ‘game’ dan perkembangan terkini. Apa yang boleh saya katakan, ia bukanlah sesuatu yang bersifat terlalu peribadi.
“Malah, kalau dirasakan ia terlalu peribadi dan privasi, memang jarang sangat saya kongsi,” katanya jujur.
Selain itu, pelakon berusia 27 tahun itu menjelaskan, dia tidak berkecil hati dengan pelbagai komen yang diberikan warganet terhadap apa yang dikongsi.
Jelas Mira, sebagai seorang selebriti, dia mengambil sikap terbuka untuk menerima perkara tersebut serta apa reaksi yang diberikan semua.
“Hal tersebut sebenrnya berada di luar kawalan dan sejujurnya saya tak berkecil hati kerana saya faham inilah dunia media.
“Malah sebenarnya, mereka juga berhak dan bebas untuk berkata apa sahaja yang mereka rasakan dan kita tak boleh nak sekat atau halang benda tu.
“Cuma biarlah berpada-pada dan selagi tidak menyentuh sensitiviti saya okay saja” katanya kepada MH.
Imbas kembali, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Emir pada 3 Ogos lalu.
Dalam perkembangan lain, Mira telah menerima anugerah Nona Influencer Award di Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), pada Jumaat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shaheizy Sam mengakui terkejut apabila menerima khabar mengenai keadaan kesihatan abang iparnya, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dilaporkan semakin kritikal sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir awal pagi tadi.