Setelah menamatkan hubungan dengan Ariel dari kumpulan Noah, Luna Maya dilaporkan bercinta dengan Reino Barack.

Kini hubungan cinta mereka sudah mencecah kepada angka 5 tahun bagaimanapun tiada tanda-tanda kedua-duanya akan menamatkan zaman bujang mereka.

Sudah 5 Tahun Bercinta, Ini Sebab Mengapa Luna Maya Dan Kekasih Belum Berkahwin

IKLAN

MH difahamkan bahawa ramai peminat berspekulasi mengenai hubungan mereka memandangkan kedua-duanya sudah selayaknya untuk diijabkabulkan.

Berikutan itu, Luna menerusi sebuah video bersama Billy Syahputra menjelaskan sebab sebenar mengapa dia dan Reino masih belum berkahwin.

IKLAN

“Gue kan banyak masalahnya,masalahnya di orang tua, susah buat diterima. (Aku kan ada banyak masalahnya. Di orang tua susah nak terima).

“Kayaknya mungkin sama Tuhan, gue gak pernah dikasih jodohnya deh, mungkin ya (Mungkin Tuhan tak bagi aku punyai jodoh).” katanya.

Alahai, sedih pula MH dengar masalah yang menimpa Luna ini. Memang sukar kalau satu perhubungan itu tidak mendapat restu orang tua.

Sudah 5 Tahun Bercinta, Ini Sebab Mengapa Luna Maya Dan Kekasih Belum Berkahwin

IKLAN

Apa-apapun, MH doakan semoga hati orang tua Luna dan Reino lembut dan boleh menerima pasangan masing-masing.

Sumber: Kanal 247

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI