Selain berperanan sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang seni, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) terus memartabatkan seni tradisi dan moden menerusi pementasan teater muzikal Paduka Cik Siti, arahan Kamarulzaman Taib atau Che Kem.

Naskhah ini mengangkat kisah legenda Paduka Cik Siti Wan Kembang, ratu berdaulat abad ke-17 yang sinonim dengan simbol Kijang Emas, serta menampilkan tema keberanian, pengorbanan dan jiwa kepemimpinan wanita.

Menariknya, pementasan kali ini turut mengetengahkan dua personaliti seni berbakat iaitu penyanyi dan pelakon pentas Asmidar Ahmad sebagai Paduka Cik Siti Wan Kembang dan Dr Norzizi Zulkifli, penggiat teater terkenal sebagai Seri Banun, bonda kepada Cik Siti.

Che Kem menyifatkan pemilihan dua nama ini sebagai kekuatan utama pementasan.

“Asmidar memiliki suara emas yang tebal tradisinya. Dia memang dikenali sebagai penyanyi lagu-lagu berirama Melayu, namun hakikatnya dia adalah lulusan dalam vokal klasik yang memiliki kelebihan pelbagai genre.

“Keistimewaan ini yang diperlukan oleh Cik Siti Wan Kembang. Asmidar juga adalah pelakon pentas yang berpengalaman dan pernah muncul dalam muzikal P. Ramlee, Puteri Gunung Ledang dan Dendam Laksamana.

“Dia juga hebat di pentas sebagai pelakon utama teater tradisional Mek Mulong. Watak Cik Siti Wan Kembang memerlukan seorang pelakon yang anggun, matang, dewasa dan memiliki kebijaksanaan.

“Bagi saya, Asmidar memiliki kualiti itu. Lebih istimewa, Asmidar juga punya kemahiran bersilat,” katanya.

Ads

Dalam pada itu, Che Kem juga memuji keupayaan Dr Norzizi Zulkifli yang dilihat mampu menyerlahkan sisi dramatik sebagai Seri Banun.

“Watak Seri Banun pula akan memperlihatkan sisi Norzizi sebagai pelakon muzikal,” katanya yang yakin aura teater dan ketepatan emosinya bakal mempengaruhi perjalanan naratif.

Selain mereka, pementasan turut dibarisi Taqim Zaki sebagai Panglima Merah, Syukor Ibrahim Bachik dan Sharul Mizad sebagai Raja Siam.

“Suara Emas & Aura Teater Bertemu,” – Asmidar Bersilat Atas Pentas & Dr Norzizi ‘Menyala’ Dalam Muzikal Epik Paduka Cik Siti “Suara Emas & Aura Teater Bertemu,” – Asmidar Bersilat Atas Pentas & Dr Norzizi ‘Menyala’ Dalam Muzikal Epik Paduka Cik Siti “Suara Emas & Aura Teater Bertemu,” – Asmidar Bersilat Atas Pentas & Dr Norzizi ‘Menyala’ Dalam Muzikal Epik Paduka Cik Siti

Ads

Gabungan Tradisi & Teknologi

Menurut Che Kem lagi, Paduka Cik Siti memanfaatkan gabungan elemen tradisional seperti mak yong dan wayang kulit, disulam muzik serta tarian kontemporari.

“Gabungan pelbagai elemen tradisional seperti mak yong dan wayang kulit dengan teknologi kreatif serta senireka produksi yang dominan menjanjikan satu persembahan yang menghidangkan banyak spektakular,” katanya.

Pementasan turut menghimpunkan generasi kreatif alumni ASWARA dari yang pertama hingga terkini, dengan Suflan Faidzal Arshad sebagai Pengarah Muzik.

Malam Gala Paduka Cik Siti akan dipentaskan pada 19 Disember ini, jam 8.30 malam di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Ads

Sementara pementasan seterusnya adalah pada 20 Disember, pada jam 3.00 petang dan 8.30 malam serta 21 Disember jam 3.00 petang.

Kategori tiket pula ialah Paduka Cik Siti yang berharga RM150, Seri Banun (RM120), Prasat Thong (RM80)dan Puteri Saadong (RM40 – Concession). Pembelian tiket turut boleh dibuat menerusi laman sesawang.

Naskhah ini mengisahkan Cik Siti Wan Kembang, satu-satunya pewaris takhta, yang menggantikan Raja Husein setelah mangkat demi amanah ayahandanya.

Menolak pinangan raja-raja luar, baginda berjuang mengekalkan kedaulatan Tanah Serendah Sekebun Bunga, menghadapi cabaran pembesar lelaki, ancaman Siam dan pengorbanan cinta sendiri.

“Suara Emas & Aura Teater Bertemu,” – Asmidar Bersilat Atas Pentas & Dr Norzizi ‘Menyala’ Dalam Muzikal Epik Paduka Cik Siti “Suara Emas & Aura Teater Bertemu,” – Asmidar Bersilat Atas Pentas & Dr Norzizi ‘Menyala’ Dalam Muzikal Epik Paduka Cik Siti “Suara Emas & Aura Teater Bertemu,” – Asmidar Bersilat Atas Pentas & Dr Norzizi ‘Menyala’ Dalam Muzikal Epik Paduka Cik Siti

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Foto: Persatuan Alumni ASWARA

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads