Categories: Uncategorized

‘Suami Sedih Gambar Kena Cabul’ – Gadis Air Mineral

Share

Gara-gara sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung stesyen minyak yang dikatakan posing melebih-lebih bersama ‘gadis mineral’ yang pernah menjadi viral suatu ketika dahulu, Shell telah memutuskan untuk menarik semula papan poster imej gadis bertudung yang mempromosikan bahan api jenama tersebut.

Perkara ini dipandang serius sejak beberapa foto yang memaparkan pengunjung lelaki bertindak tidak senonoh terhadap gambar tersebut dan viral sejak ia dimuat naik ke media sosial.

 
Menurut kenyataan daripada salah seorang wakil dari syarikat minyak gergasi tersebut berkata tindakan kurang sopan itu bertentangan dengan budaya Malaysia dan nilai murni Shell.

Selain itu, pihak Shell juga menggesa para netizen untuk berhenti menyebarkan gambar poster gadis tersebut terutamanya yang mempunyai unsur tidak senonoh.

Sebelum ini seorang lelaki telah tampil mengaku bersalah dan memohon maaf atas tindakannya memuat naik gambar posing tidak senonoh di Facebook.

Walau bagaimanapun, menurut mStars Online, gadis mineral atau nama sebenarnya Nor Shafila Khairusalleh berusia 25 tahun ini berkata dia rasa malu dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab walaupun mereka hanya bersama ‘gambarnya’ sahaja.

Gadis ini turut memberitahu suaminya juga turut terkena tempias dan rasa sedih melihat lelaki lain ‘mencabul’ imej isterinya.

Shell yang bertanggungjawab dan tidak mahu perkara menjadi semakin buruk telah membuat keputusan untuk menurunkan semula standee ini dalam kadar segera.

SUMBER : The Malay Mail Online & mStar Online

IKLAN