Persembahan teater Pawana Isabella yang mendapat sambutan hebat penonton di Istana Budaya bulan lalu dan bakal disambung persembahannya pada 13 hingga 16 September ini bersempena dengan Hari Malaysia.
Karya teater pengarah prolifik, Eirma Fatima itu yang telah pun dipentaskan pada 21 Ogos sehingga 31 Ogos lalu membariskan aksi para pelakon hebat seperti Syafiq Kyle, Janna Nick , Azar Azmi , Dato Afdlin Shauki dan Johan Raja Lawak.
Persembahan tambahan selama 4 hari itu secara tidak langsung memberi peluang kepada para peminat dan penyokong teater tempatan yang belum berkesempatan mendapatkan tiket persembahan sebelum ini.
Pawana Isabella akan membawa penonton ke suatu perjalanan yang bertemakan magis, menceritakan kisah keunggulan serta kejatuhan kerajaan Malayu Aksara di bawah naungan Raja Pawana dan Permaisuri Isabella.
Negara Aksara merupakan sebuah negara yang rakyatnya hidup di dalam keselesaan dan kemewahan namun mereka tidak pernah berasa syukur.
Menerusi temubual bersama pasangan pengantin baru, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana akhirnya membuka mulut berbicara soal video akad nikah yang tular di laman sosial minggu lalu.
Meminta maaf andai perilakunya di hari bahagia menimbulkan reaksi kurang senang sesetengah pihak, namun Ardell kecewa apabila netizen berterusan mengecam sehingga mengaitkan dengan soal malam pertama.
“Saya minta maaf atas video yang tular sehinggakan ada pihak mengatakan saya cacat, timbul video parodi dan parkinson.
“Sebenarnya saya tiada niat. Walaupun kami berdua pelakon, namun detik istimewa suami lafaz akad ‘aku terima nikahnya’ membuatkankehidupan saya saat itu berubah.
“Saya mengidap anxiety dan tekanan yang sangat teruk, saya tidak boleh dikelilingi oleh orang ramai. Ketika itu semua perasaan timbul, nak marah pun ada.
“Kalau ikutkan hati saya mahu lari sebelum majlis. Saya memang tak mahu berkahwin kerana diserang panik.
“Itu yang sering terjadi. Sampaikan ada yang menyentuh isu malam pertama dan itu membuatkan saya bertambah tertekan.
“Setelah selesai bernikah, saya takut untuk keluar rumah. Pernah terjadi saya dan suami keluar untuk makan di Shah Alam, ada sekumpulan individu yang merakam gerak geri kami dan ketawa besar,” ulasnya tenang.
Nadzmi Adhwa turut meluahkan kekecewaan dan berharap agar netizen berhenti mempersendakan isterinya.
“Sejujurnya sepanjang berkawan, kami tidak pernah bersentuhan. Saya juga gementar saat akad nikah. Saya sedih kerana kami membina masjid dan masyarakat persendakan kami.
“Kami tidak salahkan sesiapa kerana tidak menjangka ia akan tular. Saya tidak suka orang berkata yang bukan-bukan kepada isteri saya,” katanya.
Prihatin akan keadaan jalan raya yang tidak selamat dilalui pengguna, penyanyi Ayu Damit meluahkan kekesalan apabila banyak serpihan tajam daripada kerja pembinaan bertaburan di tengah jalan raya.
Malah, situasi tersebut telah menyebabkan tayar keretanya pecah buat kali kedua.
Lalu, penyanyi Hanya Di Mercu ini memohon agar pihak berwajib mengambil tindakan segera agar tidak kemalangan parah berlaku.
“Perjalanan balik ke rumah. Again.
“Kepada semua pengguna jalanraya dr melawati ke flamingo hotel sila berhati2 di laluan yg dlm pembinaan tu kerana bnyak serpihan tajam dr keja pembinaan itu yg x sepatut nya ada di jln raya hingga mnyebabkan tayar kereta sy pecah.
“Pihak berwajib sila pantau benda serius ini, sblm ade kecelakaan yg lebih parah oleh pengguna jlnraya yg lain.. Sekian,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang#sukemalaysia, #pecahtayar #secondtimedahkena dan #tolonghati2semuapenggunajalanrayabilamalam.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...