Pelakon Emma Maembong bersama suami, Muhammad Shazli Azhar menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti yang turut sama tumpang gembira dengan berita kehamilan Emma yang dikongsikan keduanya menerusi Instagram pada Selasa.
Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memaklumkan usia kandungannya mencecah empat bulan.
Kini menikmati percutian di Langkawi, Emma menerusi laporan Berita Harian berkongsi perasaannya yang gembira bercampur teruja.
“Nikmat indah sejak bergelar isteri saat mendapat berita kehamilan ini.
“Selama ini hanya mendengar cerita begini dalam kalangan adik-beradik dan teman. Kini saya melalui fasa indah ini,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Pada masa sama, dia dan suami turut tidak sabar menantikan kehadiran permata hati dalam keluarganya.
“Insya-Allah saya tidak sabar untuk menyambut cahaya mata sulung kami.
“Suami juga gembiranya bukan kepalang,” ujar Emma yang dijangka bakal melahirkan anak sulungnya, November depan.
Ads
Menerusi hantaran di Instagram itu, Emma menerusi kapsyen membayangkan bulan madu mereka disifatkan sebagai percutian terakhir berdua dengan suami kerana selepas ini mereka tidak sabar ditemani anak.
Sejurus memuat naik foto indah sekitar sambutan hari jadinya yang ke-28, baru-baru ini, pelakon Ruhainies sekali lagi menerima perhatian wargamaya gara-gara sebiji kek dengan rekaan wajah yang didakwa pelik oleh sesetengah netizen.
Ramai menyifatkan, rupa kek patung berkenaan kelihatan seolah-olah ‘menyeramkan’ dan tak kurang juga yang beranggapan ia melucukan rupa yang berbeza dengan ‘birthday girl’ yang diraikan.
Positif dan relak, Ruhainies seperti yang dipetik mStar mengakui sangat menghargai hadiah berkenaan dan tidak melihat dekorasi serta hiasan pada kek itu sebagai satu perkara yang memalukan.
“Sebenarnya saya berada di Pulau Pinang menghadiri perkahwinan sepupu dan tak sangka dalam masa sama ada kejutan sempena hari jadi saya yang sepatutnya pada Isnin (hari ini).
“Apabila saya berkongsi video di Instagram, ramai pula komen mengenai rupa kek tersebut yang dikatakan macam hantu dan sebagainya… Bagi saya, soal rupa itu tak jadi masalah kerana kek itu disiapkan dalam masa singkat.
“Kata pembuat kek, sepatutnya dekorasi menyerupai Barbie tapi kali ini mungkin kesuntukan masa hasilnya lain sikit! Tak kisahlah yang penting nampak kesungguhan dan rasanya sedap sangat!, ”katanya seperti yang dipetik.
Ditanya apakah reaksi bintang Jejak Karmila ini apabila membaca komen di Instagram mengenai kek yang diperkatakan, ini jawab Ruhainies;
“Rasa lawak baca komen mereka, saya dengan adik ketawa sahaja… Biasalah setiap orang ada pendapat masing-masing.
“Hakikatnya kalau tengok dalam video dan gambar memang rupa kek itu nampak lain macam… tetapi kalau tengok depan-depan kek itu cantik tau!
“Yang penting sedap dan saya suka.. Saya nak ucapkan terima kasih kepada pembuat kek dikenali Shauki dan juga kepada mereka yang aturkan majlis tersebut.
“Saya sangat terharu dengan sambutan awal itu!, ” ujarnya lagi.
Sumber: mStar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana telah berjaya menghabiskan pantang selama 44 hari selepas melahirkan cahaya mata pertamanya, awal Jun lalu.
Berkongsi beberapa pautan foto selamanya berpantang sebelum ini, Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin turut menzahirkan rasa syukur kerana semuanya dipermudahkan.
“Throwback hari ke 7 berpantang (masa ni Arwa Malaikha Urwa halus lagi, sekarang kuss semangat).
“Alhamdulillah harini dah habis 44 hari berpantang kami,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon, Nadzmi Adhwa ini pada masa sama berkongsi kisah sewaktu dia masih di dalam, khusus buat yang bertanya mengenai fasa tersebut kepadanya.
“Yang tanya saya amik service pantang dengan siapa, saya serta kan nama Instagram mereka boleh lah tanya-tanah tentang service dari diorang.
“CL saya dari @pantangplus , saya amik package 7 hari sahaja ( selebih nya jaga diri sendiri bila dah kuat sikit ) & Confinement Lady @pantangplus mereka akan datang dan jaga setiap hari 3 jam ( yang tengah cari Orang nak jaga pantang boleh tanya dorang, mereka jaga dan service bagus ) package ikut masing nak berapa lama di jaga.
“Barang2 keperluan berpantang pulak macam bekung, herbal, tuam, minyak angin panas tu dan keperluan barang pantang lain beli asing jenama set Suri itu saya cari dekat @tatehbangi pastu sy bagi CL pakai kan set tu.
“Jadi yang nak cari orang jaga waktu berpantang tu boleh la cuba, selama dorang jaga awak cuma perlu rehat sahaja, makan minum, anak & ibu mereka akan jaga urut, bertungku semua.
“Yay dah Merdeka !! Eh,” kongsi Ardell panjang lebar.
Pelakon, Fatin Afeefa menjelaskan ada sebab tersendiri mengapa mengambil pendirian untuk diam setiap kali terpalit dengan tomahan atau fitnah melibatkan dirinya di media sosial.
Menurut Fatin, dia lebih selesa memilih untuk menjalani kehidupan yang lebih privasi berbanding berkongsi kisah hidupnya bersama orang luar.
“Pada saya, tidak perlu menjelaskan apa-apa kepada sesiapa pun mengenai hidup saya, khasnya hal peribadi. Lagi pun, itu sahaja privasi yang saya ada ketika. Hanya itu yang boleh saya simpan.
“Kalau saya keluar pun, ‘life’ saya seolah-olah sudah tiada privasi lagi. Kadang-kadang ketika saya tengah makan pun ada orang ambil gambar dan sebagainya. Kalau ikutkan saya tak suka pun untuk keluar.
“Most of the time saya hanya ada dekat rumah sahaja. Bagaimanapun, saya perasan bila kurang berkongsi mengenai kehidupan peribadi, saya lebih gembira sebenarnya.
“Jadi, orang tak boleh nak mengata benda yang mereka tak tahu. I learn it hard way dan biarlah orang nak kata apa sekali pun.
“Kalau orang nak kata satu campur satu bersamaan dengan lima sekalipun, saya akan okay sahaja. Enjoy!,” katanya jujur.
Pelakon drama The Gadis itu berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Havaianas Flagship Store di Pavillion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia tidak bercadang untuk membawa segala dakwaan melampau yang diterima ke muka pengadilan.
Ini kerana bagi Fatin, perkara seperti ini hanya akan menyulitkan dirinya di kemudian hari.
“Entahlah saya tak pasti… sebab pada saya what comes around goes around. Jadi, apa yang mereka cakap atau sakitkan hati saya misalnya, satu hari nanti akan berbalik juga pada mereka.
“Jadi, saya tak perlu nak penat-penatkan diri untuk naik turun mahkamah. Malah kena keluar duit lagi. Nak buka kes je dah RM5,000 rasanya.
“Bukan nak jadi kurang ajar, akan tapi kebanyakan orang yang saya nak saman tu, kemungkinan tiada duit nak bayar. So, itu dah membazir waktu dan saya jadi banyak kerja pula.
“Jadi, lebih baik saya ‘lantak je’ mereka nak kata apa sekali pun. Nanti penat, mereka diam sajalah,” jelasnya.
Fatin juga akui tidak akan memadam reaksi atau kritikan melampau netizen di media sosial miliknya.
“Saya tidak akan padam sebab selalunya saya akan sekat sahaja akaun tersebut. Sayatak mahu ada aura negatif. Bukan kerana takut,tapi kenapa pula saya perlu melayan karenah mereka yang entah apa-apa?
“Kalau anda rasa tak suka, mudah sahaja. Jangan jadi psiko, hanya ‘block’ saja saya. Jangan tengok dan jangan komen apa-apa pun,” akhirinya.
Fatin atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah Shamsudin sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Adam Shahz pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivy Herra Sophia.
Keduanya mengambil keputusan untuk berpisah kira-kira empat tahun lalu.
Terdahulu, Fatin kini merupakan duta rasmi bagi jenama selipar flip flop ikonik Brazil, Havaianas bersama Nelydia Senrose.
Havaianas Flagship Store kini sudah mula dibuka bertempat di aras 5, Pavillion Mall, Kuala Lumpur.
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.