Categories: Uncategorized

Suami Hadiahkan Nora Danish iPhone X?

Share

Beruntung betul pelakon comel Nora Danish ni, pelbagai rezeki yang diterimanya sejak akhir-akhir ini. Jika sebelum ini gempar Emma menghadiahkan telefon pintar terkini yang menjadi kegilaan ramai, kali ini suami tercinta Nora, Nedim Nazri juga tidak ketinggalan membuat perkara yang sama khas untuk isteri tercintanya itu.

Melalui perkongsian di Insta Stories miliknya, Nora berkongsi keterujaan dan kegembiraannya apabila dihadiahkan iPhone X yang masih belum berada di pasaran Malaysia.

“ Yeay!! Love u hubs.” ujar Nora pada foto tersebut

MH juga sempat mengintai beberapa foto perkembangan kandungan Nora. Walaupun ramai yang berkata pelakon ini nampak lebih berisi namun bagi MH Nora masih cantik dan menawan!

Terserlah kegembiraan Nora dan tidak dinafikan wajahnya semakin berseri-seri sejak kehamilan bayi sulung hasil perkongsian hidup bersama Nedim. Kami boleh agak pasti Rayqal tidak sabar untuk menerima kehadiran adik barunya.

Sebelum ini, Nora juga pernah berkongsi video pertama imbasan ultra bunyi kandungannya di laman Instagram dan memberi gelaran kepada bayi sulungnya dengan nama Ney Ney.

Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat wajah bayi Nora yang bakal dilahirkan pada Mac tahun hadapan, bulan kelahiran yang sama dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza kan?

 

IKLAN